Friday, October 7, 2022
HomeBantuan IPTPermohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Tahun 2022

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Tahun 2022

Selain Biasiswa IPT (Lepasan SPM), Yayasan Pahang (YP) turut mempelawa calon-calon  yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  sahaja di dalam negara yang diiktiraf DILULUSKAN OLEH YP.

Pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon Biasiswa ini sebelum tamat tempoh permohonan.

Berikut merupakan maklumat mengenai tawaran biasiswa yang ditawarkan oleh YP.

Apa itu Biasiswa Anak YatimYayasan Pahang?

BIASISWA ANAK YATIM ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang
    • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah. 
    • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan ke bawah.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:
NOPEPERIKSAAN AWAMKEPUTUSAN
1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Minimum lima (5) kepujian
2.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)Minimum CGPA 2.50
3.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Minimun Jayyid Jiddan
  1. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa. 
  2. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 15 September 2022 (Khamis)  dan ditutup pada 5 Oktober 2022 (Rabu).

Kadar Penajaan

Yuran pengajian dan sara hidup adalah sebanyak RM7,000 setahun.

* Tajaan diberikan semasa di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/ di ruangan Perkhidmatan Atas Talian dengan memilih ikon BIASISWA IPT sebelum atau pada 5 OKTOBER 2022 (RABU).

Untuk panduan yang lebih detail, sila rujuk pautan berikut;

https://www.yp.org.my/wp-content/uploads/2022/09/PANDUAN-MENGISI-PERMOHONAN-BISPEN-2022-15.9.2022.pdf

Nota: Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada [email protected] 

Iklan Biasiswa IPT Yayasan Pahang

Iklan Biasiswa Anak Yatim Pahang

Info dan Pertanyaan Lanjut

SEBARANG PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT, SILA BERHUBUNG TERUS KE:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur 

Tel: 09-5181800
Faks: 09-5181888 

Puan Zakiah binti Saleh ([email protected])
Puan Noorasziana bt Abd Rahman ([email protected])  

Laman Web : www.yp.org.my 
Email : [email protected] 

Sumber: Laman web Yayasan Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!