Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) bagi melanjutkan pengajian di Institusi- institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf DILULUSKAN OLEH YP.
Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.
Apa itu Biasiswa IPT Yayasan Pahang?
BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG (LEPASAN STPM) ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.
Kelayakan Memohon
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
- Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
- Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
- Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-)
- Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.
- B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
- M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 – RM10,970/bulan.
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA dalam negara sahaja secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 15 September 2022 (Khamis) dan ditutup pada 5 Oktober 2022 (Rabu).
Kadar Penajaan
Elaun sara hidup RM3,000 setahun.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/ di ruangan Perkhidmatan Atas Talian dengan memilih ikon BIASISWA IPT sebelum atau pada 5 OKTOBER 2022 (Rabu).
Nota: Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada [email protected]
Iklan Biasiswa IPT Yayasan Pahang
Info dan Pertanyaan Lanjut
SEBARANG PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT, SILA BERHUBUNG TERUS KE:
YAYASAN PAHANG Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888 Puan Zakiah binti Saleh ([email protected]) Puan Noorasziana bt Abd Rahman ([email protected]) Laman Web : www.yp.org.my Email : [email protected] |
Sumber: Laman web Yayasan Pahang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.