Permohonan bantuan ‘one-off‘ atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka mulai 18 September 2022 (Ahad).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan pemberian berkenaan membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan yang menjadi aset penting Terengganu.
Beliau turut memaklumkan bantuan ‘one off’ itu akan diberikan kepada belia dan mahasiswa yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.
Kerajaan negeri menganggarkan seramai 135,974 individu berumur 18 hingga 39 tahun yang layak mendapat bantuan i-Belia ini.
Apa Itu Bantuan i-Belia?
Bantuan i-Belia merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu buat golongan anak muda dan mahasiswa di negeri ini.
Pengumuman bantuan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertengahan November tahun lepas di Wisma Darul Iman.
Belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ itu didokong lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah 22 objektif.
Lima teras utama itu adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masyarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.

Tempoh Permohonan
Permohonan bagi bantuan ini di buka mulai 18 September 2022 (Ahad) hingga 6 Oktober 2022 (Khamis).
Jumlah Bantuan
Dalam pengumuman belanjawan Terengganu 2022 pada tahun lalu, Menteri Besar memaklumkan bahawa jumlah bantuan yang akan diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa ini adalah sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara tunai secara berperingkat antara 30 Oktober hingga 30 November depan.
Syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat dan kelayakan permohonan i-Belia bagi kategori Bujang dan Mahasiswa;
Kategori Belia Bujang
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Status pemohon masih BUJANG pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan (Jumlah pendapatan Ibu Bapa/Penjaga).
- Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang
Kategori Mahasiswa
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Pemohon adalah seorang MAHASISWA yang masih menuntut di institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.
Syarat Utama i-Bantuan
- Pemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal iBantuan Terengganu di pautan berikut;
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Nota: Setiap pemohon perlu mengemaskini maklumat diri dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20) selain memenuhi syarat gaji ditetapkan bagi pemohon yang bekerja.
Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI
