Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, semakan status rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 boleh dibuat mulai 20 September 2022.
Sekiranya permohonan rayuan diluluskan, tarikh pembayaran juga akan mula dikreditkan mulai Selasa pada tarikh yang sama.
Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Rayuan BKM 2022
Sebagai makluman, permohonan rayuan BKM 2022 telahpun ditutup pada 2 Jun 2022 yang lalu dan 7 Jun bagi Sabah & Sarawak.
Permohonan rayuan ini dibuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022.
Semakan Status Kelulusan Rayuan BKM 2022
Bagi mereka yang membuat rayuan BKM, semakan status kelulusan rayuan BKM kini boleh dibuat bagi mengetahui status lulus atau tidak.
Link atau pautan bagi semakan adalah sebagaimana berikut;
LULUS akan memaparkan maklumat pembayaran.
TIDAK LULUS akan memaparkan alasan tidak lulus.
Sekiranya status lulus, pembayaran mula dikreditkan hari ini secara BERPERINGKAT sehingga 27 September
Tarikh Bayaran
Pembayaran Rayuan BKM dan Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
Bank Mana Yang Masuk Dulu?
Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.
Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.
Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).
Jumlah Bayaran
Bagi pembayaran rayuan BKM, penerima yang lulus akan menerima bayaran berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing samaada bagi kategori isi rumah, bujang atau ibu bapa tunggal.
Perdana Menteri memaklumkan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Maklumat mengenai bayaran bagi penerima rayuan BKM adalah sebagaimana berikut;
Cara Bayaran
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:
- Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
- Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022
Tuntutan BKM Tunai di BSN
Bagi bayaran secara tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN
Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.
Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Rayuan BKM
Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat.
Melalui portal My BKM iaitu; https://bkm.hasil.gov.my/
Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022