Thursday, May 25, 2023
HomeBantuan Keluarga MalaysiaTarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3

Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3

Maklumat Terkini Bayaran BKM Fasa 3.

Teka teki mengenai tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akhirnya terjawab.

Terkini, Perdana Menteri melalui Facebooknya mengumumkan, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 (Selasa).

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Bayaran BKM Fasa 3 Secara Berperingkat

Pembayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Bayaran ini turut melibatkan Rayuan BKM yang telah membuat permohonan rayuan ini pada Mei yang lalu.

Tarikh bayaran BKM Fasa 3

Semakan Status BKM Fasa 3

Semakan status BKM boleh dibuat mulai 20 September 2022.

Status Pembayaran Fasa 3 BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • Klik Semakan Status

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 3 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Status BKM Fasa 3

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan termasuk bagi lulus dalam rayuan BKM

Tuntutan Tunai di BSN

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) apabila tarikh rasmi bayaran diumumkan.

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan notis rasmi mengenai perkara ini.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM200
  • 1-2 anak – RM300
  • 3 anak & ke atas – RM400

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM100
  • 3 anak & ke atas – RM100

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM700

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM400
  • 1-2 anak – RM400
  • 3 anak & ke atas – RM400

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM800
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM600

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan RM0-RM2500

  • RM150

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM150

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Soalan Lazim (FAQ) 

Bilakah Tarikh Bayaran BKM Fasa 3?

Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Bagaimana Cara Semakan Semakan Secara Online?

https://bkm.hasil.gov.my/

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 3?

Antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Siapa yang dapat RM900?

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] yang berpendapatan RM0 – RM2500 serta mempunyai 3 anak & ke atas.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!