Tuesday, June 6, 2023
HomeBantuan IPTBantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ Ditutup 30 September

Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ Ditutup 30 September

Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran IPT (dalam Negara) Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membuka permohonan kepada anak-anak negeri Bangsa Johor yang berkelayakan  bagi memohon Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara).

Skim Bantuan Pendaftaran IPT merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Asnaf yang disediakan di bawah peruntukan Zakat MAIJ.

Maklumat permohonan bantuan ini adalah sebagaimana berikut.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 SEPTEMBER 2022 hingga 30 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)

Syarat Kelayakan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ

Berikut merupakan syarat dan kelayakan pelajar yang layak memohon bagi skim ini;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
  3. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas.
  4. Bermastautin di dalam Negeri JOHOR sekurang-kurangnya 5 tahun.
  5. Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  6. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.

Kategori Peringkat Pengajian;

Kategori pengajian yang layak memohon bantuan ini adalah;

  1. Sijill (Kecuali STAM dan STPM)
  2. Diploma                       
  3. Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah berbeza mengikut kategori peringkat pengajian;

  1. Sijil RM300.00
  2. Diploma (semester pertama) RM500.00
  3. Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) RM1,000.00

Cara Memohon

Kaedah dan proses permohonan :-

  1. Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara) melalui laman https://epayment.maij.gov.my/ 
  2. Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
  3. MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. Salinan surat tawaran IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  7. Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  8. Dokumen yuran pendaftaran.
  9. Gambar berukuran passport.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.

Untuk info lanjut juga, boleh layari laman web https://www.maij.gov.my/ 

Sumber; Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!