Sunday, October 1, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022 IPTA dan IPTS

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022 IPTA dan IPTS

Yayasan KLK iaitu sebuah  yayasan yang ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) menawarkan biasiswa kepada anak muda Malaysia yang sedang belajar atau telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia. 

Selepas tamat pengajian, graduan akan ditawarkan peluang bekerja di KLK atau di bawah mana-mana unit perniagaannya.

Berikut merupakan maklumat mengenai permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022.

Apa Itu Biasiswa Yayasan KLK?

Kuala Lumpur Kepong Berhad (“KLK”) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dengan permodalan pasaran kira-kira RM21.687 bilion pada akhir September 2021 .

Melalui Yayasan yang ditubuhkan di bawah KLK, mereka menawarkan biasiswa kepada calon-calon yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan di IPTA atau IPTS.

Biasiswa Yayasan KLK

Tarikh Tutup Permohonan

Dilanjutkan hingga 7 Oktober 2022

Bidang Pengajian Pilihan

  • Agriculture Science, Agriculture Biosystem Engineering, Forestry, Horticulture Science, Plant Biology, Plantation Management, Plant Resources or related disciplines;
  • Engineering (Civil, Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation);
  • Accounting or Finance;
  • Information Technology (Computer Science, Software Engineering or equivalent);
  • Sustainability (Environmental Management, Environmental Science & Technology or related disciplines).

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Berikut merupakan kriteria kelayakan permohonan Biasiswa Yayasan KLK

  • Warganegara Malaysia;
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik (bertulis dan bertutur)
  • Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  • Mendapat penempatan yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi;
  • Tidak terikat, memegang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi;
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan bon pekerjaan selama 3 tahun dengan Kumpulan di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.

Nilai Biasiswa

Pemohon yang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:

  • IPTA – RM 13,000 setiap tahun
  • IPTS – RM 20,000 setiap tahun

Cara Memohon

Pemohon yang berminat perlu memuat turun borang permohonan berikut:

>>klik di sini untuk memuat turun<<

Imbas dan e-mel borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sijil berkaitan cth SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email protected]

ATAU

Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sijil berkaitan cth SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK
Kuala Lumpur Kepong Berhad
Wisma Taiko
No 1, Jalan SP Seenivasagam
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai biasiswa ini sila layari https://www.klk.com.my/

Sumber: Yayasan KLK Scholarship

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!