Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023 IPT

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Pelajar IPT Dalam dan Luar Negara 2023

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) 2023 KINI KEMBALI!

Alhamdulillah, berita baik ini buat pelajar IPT dalam & luar negara.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka kembali  permohonan  buat semua pelajar pelajar  IPT dan luar negara di negeri ini bagi memohon dana  Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS. 

Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran dan permohonan hanya boleh buat sekali sahaja ya. Jadi, sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan.

Apa itu Dana Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Pelajar IPT?

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) bagi Pelajar IPT dalam dan luar Negara

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 3 Oktober 2022 jam 12.01 am dan akan tamat pada 3 Disember 2022 jam 11.59 pm. 

Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM6,000,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM1,000,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Kadar Sumbangan

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan bagi setiap peringkat pengajian sebagaimana berikut;

  • RM700 (SPZAS IPT dalam negara) 
  • RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) 

Syarat-syarat Permohonan

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana.
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

Kelayakan Peringkat Pengajian

Permohonan SPZAS IPT dalam negara terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat:

  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi di luar negara di peringkat:

  1. Sijil/Sijil Profesional
  2. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  3. Ijazah Sarjana (Master)

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web LZS di https://spzas.zakatselangor.com.my/  dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.

Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS.

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat 11 dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar)
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama.
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT.
  7. *Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank)
  9. Pasport/Visa pemohon(pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
  10. Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan)
  11. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)

*Nota:Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzasipt

Muat Turun Borang Sokongan

BilBorangMuat Turun
1Borang Pengesahan BelajarMuat Turun Borang
2Borang Pengesahan PemastautinMuat Turun Borang
3Borang Pengesahan PendapatanMuat Turun Borang
4Manual Permohonan SPZASMuat Turun Borang

Info dan Pertanyaan

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor