Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan IPTBiasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 

Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme 

TAWARAN BIASISWA YT-TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (KATEGORI LEPASAN STPM / STAM / ASASI / MATRIKULASI ATAU SETARAF)

Sukacitanya Terengganu Inc dengan kerjasama strategik Yayasan Terengganu, berbesar hati membuka tawaran ‘BIASISWA YT-TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME ‘ kepada anak-anak Negeri Terengganu yang berkelayakan.

Pelajar Terengganu lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi atau setaraf adalah layak memohon Biasiswa ini.

Realisasikan cita-cita anda di peringkat pengajian tinggi melalui Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme khas buat anak Negeri Terengganu.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan biasiswa peringkat ijazah pertama ini kini dibuka sehingga 6 Oktober 2022.

Syarat-Syarat Permohonan

a. Syarat Umum

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  5. Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang- kurangnya di peringkat negeri / kebangsaan.

b. Syarat Khusus

  1. Tawaran Pengajian

Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

  1. Lepasan Program Persediaan (Asasi / Matrikulasi atau Setaraf)

Telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi atau setaraf) DAN lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam lapan (8) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.

  1. Lepasan STPM / STAM

Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00 / Mumtaz) dalam peperiksaan STPM / STAM dan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan bagi Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme adalah sebagaimana berikut;

  1. Kepintaran Buatan (AI)
  2. Sains Data (Big Data)
  3. Undang-Undang
  4. Muamalat
  5. Pentadbiran Korporat
  6. Sains Kesihatan (Fisioterapi)
  7. Perladangan

 Cara Memohon

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi pautan berikut;

http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login

Pemohon yang belum mempunyai akaun atau kali pertama memohon, perlu “DAFTAR AKAUN” sebelum mengisi maklumat yang diperlukan.

Permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.

Ujian Bertulis dan Temuduga

Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme, boleh layari laman web

https://yt.gov.my/

Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Terengganu

Tawaran Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme Peringkat Ijazah Pertama (Kategori Lepasan STPM:STAM:Asasi:Matrikulasi Atau Setaraf)

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!