Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan IPTBantuan Persediaan IPT Anak-Anak Kakitangan UKM 2022

Bantuan Persediaan IPT Anak-Anak Kakitangan UKM 2022

Sukacitanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui bahagian Zakat Universiti mempelawa kepada semua Warga UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan IPT 2022 bagi anak-anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

Kadar bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian dan bantuan ini diberikan sekali sahaja (one-off) sebagai persediaan anak-anak kakitangan UKM untuk melanjutkan pengajian di IPT.

Maklumat mengenai bantuan persediaan IPT bagi anak-anak kakitangan UKM 2022 adalah sebagaimana di bawah.

Tempoh Permohonan 

Permohonan dibuka mulai 12 Julai hingga 15 Oktober 2022.

Kadar Bantuan 

Bantuan yang diberikan adalah sekali sahaja (one-off) berdasarkan tahap pengajian;

  • Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
  • Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
  • Sijil – RM 500.00

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi bantuan ini.

  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
  • Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian

Cara Permohonan

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian (online), melalui pautan berikut; https://zakat.ukm.my/ 

*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.

Dokumen Yang Perlu Dimuatnaik

  • Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian : 03-8921 4225 (Bangi) atau emel ke : [email protected] 

Ikuti Facebook Tabung Amanah Zakat UKM untuk sebarang info terkini Bantuan Persediaan IPT Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM bagi tahun 2022

Sumber: Tabung Amanah Zakat UKM

Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!