Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2022

Permohonan kemudahan pinjaman pelajaran di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) bagi tahun 2022 dibuka semula bermula 28 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2022.

Terdapat pelbagai bidang penajaan yang ditawarkan melalui TESP ini antaranya kejuruteraan, keselamatan makanan, IT, Creative Design, Ekonomi, Perakaunan, Sains dan lain-lain lagi.

Kepada mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan bagi Program Penajaan Pengajian Tertiari ini.

Apa Maksud Program Penajaan Pengajian Tertiari?

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2022. 

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗧𝗘𝗦𝗣)

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka selama 8 hari mulai 28 Julai (Khamis) hingga 4 Ogos 2022 (Khamis).

Cara Memohon Program TESP

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, https://myeduloan.mara.gov.my/v3/
  • Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. 
  • Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan
  • Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.

SYARAT UMUM  

  • Warganegara Malaysia.  
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera  
  • Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian. 
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat. 
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut: 
Kategori KelayakanPendapatan BulananPendapatan Bercukai Tahunan
Yuran & Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM15,000 dan ke bawah
Yuran sahaja RM12,001 – RM20,000RM15,001 – RM250,000

Nota: Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.  

SYARAT AKADEMIK 

Pelajar Baharu

  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma serta setaraf;  
  • Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2022. 

Pelajar Sedia Ada  

  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN  
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun. 

Lain-Lain Syarat  

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.  
  • Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

Info Dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Penajaan Pengajian Tertiari dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:

[email protected] (bagi permohonan di IPTA)
[email protected] (bagi permohonan di IPTS)
[email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
[email protected] (bagi permohonan di UniKL)
[email protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM) 

Info lanjut permohonan layari https://www.mara.gov.my/ 

Sumber: Portal MARA

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Maksud Program Penajaan Pengajian Tertiari?

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2022.

Bila Permohonan TESP DiBuka?

28 Julai (Khamis) hingga 4 Ogos 2022 (Khamis).

Bagaimana Cara Memohon?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, https://myeduloan.mara.gov.my/v3/

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top