Tuesday, August 9, 2022
HomeBantuan IPTBiasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak BPKNS (Diploma)

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak BPKNS (Diploma)

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2022/2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di Peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA )/ Universiti Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi Sesi 2022/2023.

Calon-calon yang berkelayakan bolehlah membuat permohonan ini sebelum tempoh permohonan ditutup.

Maklumat berkenaan biasiswa ini adalah sebagaimana di bawah.

Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)? 

BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada pribumi Sarawak.

BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2022:2023

Tempoh Permohonan

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) dibuka selama 2 minggu bermula dari 1 Ogos hingga 14 Ogos 2022.

Syarat-Syarat Permohonan 

  • Merupakan anak Jati Sarawak.
  • Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik.
  • Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Pendidikan.
  • Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dari kalangan kumpulan B40 (Pendapatan isi rumah RM4850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa.)

INFO TAMBAHAN

  1. Bagi kemasukan baru, pemohon WAJIB mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf.
  2. Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.
  3. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA

Cara Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian (online) melalui pautan berikut: https://escholarship.sarawak.gov.my/ 

Sila layari laman web rasmi SPANS https://psc.sarawak.gov.my/  untuk PANDUAN PERMOHONAN

Jumlah Bantuan Pembiayaan BPKNS

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

Jumlah Bantuan Pembiayaan BPKNS

Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya.

Kadar Bayaran balik BPKNS 

Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).  

Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.

Proses Permohonan dan Temuduga 

Pemohon yang berjaya melepasi senarai tapis akan dipanggil untuk ditemuduga di lokasi-lokasi utama seluruh Malaysia.  

Permohonan yang tidak mendapat jawapan atau tidak dipanggil ke temu duga dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) sila hubungi 082-236325, 082-236554 atau 082-237258.

Info lanjut BPKNS juga boleh diperlolehi di https://escholarship.sarawak.gov.my/ 

Sumber: Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)? 

BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada pribumi Sarawak.

Bilakah Permohonan Dibuka Untuk Sesi 2022/2023?

Mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos 2022

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian (online) melalui pautan berikut: https://escholarship.sarawak.gov.my/ 

Berapakah Kadar Biasiswa?

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual dalam artikel

​​PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!