Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan IPTPemohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2022

Pemohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2022

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) NEGERI KEDAH BAGI SESI PENGAJIAN 2022 KINI DIBUKA!

Sukacitanya bahagian Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) bagi sesi pengajian 2022.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan BAKIPT ini adalah sebagaimana di bawah.

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
    • Pelajar SEPARUH MASA
    • Pelajar LUAR KAMPUS
    • Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
    • Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak. 

Jumlah Bantuan

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2022. 

Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November 2022.

Tempoh Permohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT Negeri Kedah

Cara-cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah

Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja melalui pautan berikut;

https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:

             i) Salinan kad pengenalan permohon

             ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)

             iii) Salinan akaun bank / penyata bank

             iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi

Kaedah Pembayaran

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.  >>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Telefon – 04 702 7272/7283

Laman Web –  https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

Sumber: Laman Web SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Soalan Lazim (FAQ) 

Berikut merupakan soalan lazim mengenai Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Negeri Kedah.

Bilakah Tempoh Memohon bantuan?

Mulai 1 Ogos hingga 15 November 2022

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

RM300

Bagaimanakah Cara Memohon?

Secara online melalui portal https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/ 

Saya dilahirkan di Kedah tetapi saya dan keluarga telah berpindah dan menetap di luar Kedah, adakah saya layak?

Tidak Layak. Anda mestilah bermastautin DAN menetap di Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).

Ibu atau Bapa saya bukan berasal dari Kedah, tetapi saya dan keluarga bermastautin (menetap) di Negeri Kedah. Adakah saya layak?

Tidak Layak.

Pemohon mestilah LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).

Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian.

Adakah Pelajar Semester Kedua Layak Memohon?

Tidak Layak.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!