Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan IPTBantuan Pengajian IPT Fasa 2 MAIDAM Dalam & Luar Negara

Bantuan Pengajian IPT Fasa 2 MAIDAM Dalam & Luar Negara

MAKLUMAN PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN IPT MAIDAM DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA FASA 2 BAGI TAHUN 2022 KINI DIBUKA.

Yayasan Pendidikan MAIDAM telah membuka semula permohonan Bantuan Pengajian IPT fasa 2 buat anak-anak Terengganu yang sedang menyambung pengajian di IPTA/IPTS sama ada dalam dan luar negara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian sama ada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master atau PhD.

Objektif bantuan ini adalah bagi meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi selain daripada memberi peluang kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

Jangan terlepas peluang untuk mengisi borang PERMOHONAN BANTUAN bagi yang belum membuat permohonan.

Apa itu Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara  MAIDAM?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan peruntukan zakat kepada rakyat Terengganu yang menetap atau pemastautin tetap di negeri ini untuk memohon bantuan pengajian IPT dalam dan luar negara.

Bantuan ini disediakan kepada mereka yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.

Fasa 2 Bantuan IPT MAIDAM dibuka semula bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum membuat permohonan.

Fasa 2 Bantuan IPT MAIDAM

Tempoh Permohonan Fasa 2 Bantuan IPT MAIDAM

Permohonan bagi fasa kedua bantuan ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022 (Sebulan)

Syarat-syarat Umum Bantuan Am dan Dermasiswa

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.
  4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  6.  Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana- mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara

Syarat Khusus Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda.

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).
  3. Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.
  4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:
PeringkatTempoh Layak MemohonKadar Bantuan
Diploma3 tahunRM 800.00
Ijazah Sarjana Muda4 tahun (selain pengajian perubatan)5-6 tahun (pengajian perubatan)RM 1000.00

* Tempoh layak memohon bergantung kepada surat tawaran asal pemohon

Syarat Khusus Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD.

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin sahaja.
  3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
PeringkatTempoh Layak MemohonKadar Bantuan
Sijil2 tahunRM 600.00
Sarjana3 tahunRM 1500.00
PHD5 tahunRM 2000.00

* Tempoh layak memohon bergantung kepada surat tawaran asal pemohon

Syarat Khusus Bantuan Dermasiswa.

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di luar negara sahaja.
  2. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan- badan pembiaya bantuan yang lain.
  3. Kadar bantuan yang diberi bergantung kepada penilaian pihak YPM berdasarkan keputusan peperiksaan serta status pengiktirafan universiti pemohon.
  4. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon-pemohon yang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.

Senarai Semak Dokumen

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi
  2. Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/ Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar negara.
  3. Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  4. Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD.
  5. Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
  6. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  7. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  8. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  9. Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat pengajian Sarjana dan PHD.
  10.  Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  11.  Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  12. Slip permohonan.

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

Cara Permohonan

Untuk memohon, boleh layari laman web berikut http://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Pemohon  perlu mendaftar sebagai pengguna untuk daftar masuk bagi memohon bantuan ini.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang kekeliruan boleh membuat pertanyaan di media sosial (Facebook Yayasan Pendidikan MAIDAM) atau boleh hubungi di 09-622 3500/09-622 5600

Sertai Telegram untuk mendapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://t.me/yayasanpendidikanMAIDAM 

Sumber: Yayasan Pendidikan MAIDAM

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan IPT MAIDAM Fasa 2

Apa itu Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara  MAIDAM?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan peruntukan zakat kepada rakyat Terengganu yang menetap atau pemastautin tetap di negeri ini untuk memohon bantuan pengajian IPT dalam dan luar negara.

Bila Permohonan Fasa 2 Dibuka?

Mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022

Bagaimana Cara Memohon?

Secara atas talian (online) melalui http://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Berapa Jumlah Bantuan?

Berbeza mengikut peringkat pengajian.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!