Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan IPTDiskaun 40% Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 

Diskaun 40% Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 

DISKAUN 40 PERATUS UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang (1982 – 2022), Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang kepada peminjam-peminjam sedia ada.

Langkah ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekaligus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Kempen 40% Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan YP

Kempen diskaun 40% ini diumumkan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersempena ulang tahun ke 40 penubuhan Yayasan Pahang.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Sejak penubuhannya sehingga kini (1982 – 2021), Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang.

DISKAUN 40 PERATUS UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Tempoh Kempen 

Diskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Kempen diskaun 40% ini ditawarkan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara sekaligus ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain. Tiada had baki pinjaman.

Semakan Penyata Bayaran Balik

Untuk membuat semakan bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang, sila klik pada pautan berikut;

https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Terdapat beberapa kaedah untuk bayaran balik pinjaman pendidikan YP sebagaimana yang tertera dari laman portal Yayasan Pahang

Perbankan Online

Untuk pembayaran secara online melalui FPX di SISPEN, sila klik pautan ini: https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Jom guna FPX bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang
fpx-senarai-bank bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang

Tunai / Debit Kad / Kredit Kad

Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:

  1. Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
  2. Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)

Potongan Gaji

Mengisi Borang Potongan Gaji dan dikembalikan ke YP untuk urusan pemotongan gaji kepada majikan.

Direct Debit

Mengisi Borang Direct Debit dan dikembalikan kepada YP untuk urusan dengan bank.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

PERINGATAN 

Tuan/Puan dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang

1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank;

2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)

Info dan Maklumat Lanjut

Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanjut;

  1. Pn. Rohana Bt Khamdan (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  2. Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)
  3. Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
  4. En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  5. Talian Whatsapp : 011-1664 1800 dan 011-1663 1800

Sumber: Yayasan Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!