Permohonan bantuan DIDIK ANIS siri ke-2 kini dibuka semula kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.
Bantuan yang diberikan berbentuk bantuan kewangan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan early intervention awal untuk Anak Istimewa Selangor (ANIS) di negeri Selangor sahaja.
Antara objektif bantuan Didik Anis adalah membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor serta memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut.
Apa Itu Bantuan Didik Anis?
Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017.
Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.
Permohonan bantuan Didik ANIS dibuat oleh pemohon dengan mengisi dan menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan di laman web ANIS.
Objektif Utama Didik ANIS adalah:
- Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
- Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut
- Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.
Tarikh Permohonan
Permohonan siri ke-2 dibuka mulai 1 Ogos hingga 12 Ogos 2022.
Syarat dan Kelayakan
- Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
- Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
- Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
- Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
https://www.anisselangor.com/didikanis - Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:
Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor
Cara Pembayaran Bantuan
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai Didik Anis boleh rujuk maklumat berikut;
Alamat:
Jabatan Anak Istimewa Selangor Yayasan Warisan Anak Istimewa (YAWAS) East Entrance, Lot G26-28 , Tingkat G Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor |
Telefon:
Hotline ANIS – 013-9508573
Hotline YAWAS – 03-54818800
Facebook: Anak Istimewa Selangor – ANIS
Laman web: https://www.anisselangor.com/didikanis
Sumber: Anis Selangor
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.