Tuesday, August 9, 2022
HomeInfoTarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2022

Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2022

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Ogos 2022 ini.

Beberapa bantuan boleh dipohon pada bulan Ogos ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat ketika negara menuju pasca endemik dan kesan kenaikan harga barang.

Beberapa bentuk bantuan yang boleh dipohon seperti PerantiSiswa fasa 2, Bantuan Awal IPT, Bantuan Kelahiran Bayi dan sebagainya amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan Ogos 2022 ini

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

PerantiSiswa Fasa 2

Program Perantisiswa Fasa 2

Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.

“Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian.”

Permohonan Bantuan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online mulaiย  1 Ogos 2022 pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ย 

Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022.

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Info lanjut berkenaan Bantuan PerantiSiswa ini, boleh layari https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Bantuan Barang Dapur RM300 Sebulan (BINGKAS)

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300bulan

Khas buat rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Belanjawan Negeri yang dibentangkan pada 26 November 2021 lalu.

BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu Ketua Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dan berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300. 

Bantuan ini adalah bantuan yang menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang telah ditamatkan pada 30 Jun 2022.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Bingkas

Untuk memohon, anda boleh layari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut:

https://www.bingkasselangor.com/log-masuk

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari https://www.bingkasselangor.com/ 

Bantuan Awal Kemasukan IPT Negeri Kedah 2022

Tempoh Permohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT Negeri Kedah

Permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT Negeri Kedah (BAKIPT)  dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 15 November 2022

Melalui bantuan ini, mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
    • Pelajar SEPARUH MASA
    • Pelajar LUAR KAMPUS
    • Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
    • Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak. 

Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja melalui pautan berikut;

https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/

Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Permohonan Bagi Program Iltizam Anak Selangor Dibuka Mulai 1 Ogos 2022

Tempoh Permohonan Iltizam Anak Selangor

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran tahun 2022, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan skim baharu iaitu Program Iltizam Anak Selangor yang merupakan penjenamaan program Iltizam Selangor Penyayang.

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.

Syarat permohonan Iltizam Anak Selangor terdiri daripada 2 kriteria sebagaimana berikut;

Kriteria anak:

  1. Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
  2. Warganegara Malaysia DAN
  3. Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor

Kriteria ibu/bapa/penjaga:

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 18 tahun ke atas; DAN
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
Syarat Permohonan Iltizam Anak Selangor

**Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di https://anas.yawas.com.my/ 

Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang program ini sila hubungi maklumat berikut;

Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negaraย  MAIDAM Dibuka Mulai 1 Ogos 2022

Fasa 2 Bantuan IPT MAIDAM

Yayasan Pendidikan MAIDAM telah membuka semula permohonan Bantuan Pengajian IPT fasa 2 buat anak-anak Terengganu yang sedang menyambung pengajian di IPTA/IPTS sama ada dalam dan luar negara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian sama ada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master atau PhD.

Objektif bantuan ini adalah bagi meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi selain daripada memberi peluang kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

Fasa 2 Bantuan IPT MAIDAM dibuka semula bagi memberi peluang kepada pelajar membuat permohonan yang yang belum.

Permohonan bagi fasa kedua bantuan ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022 (Sebulan)

Untuk memohon, boleh layari laman web berikut http://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Pemohon  perlu mendaftar sebagai pengguna untuk daftar masuk bagi memohon bantuan ini.

Sebarang kekeliruan boleh membuat pertanyaan di media sosial (Facebook Yayasan Pendidikan MAIDAM) atau boleh hubungi di 09-622 3500/09-622 5600

Sertai Telegram untuk mendapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://t.me/yayasanpendidikanMAIDAM 

Tarikh Tutup Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA pada 4 Ogos 2022

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ฃ)

Permohonan kemudahan pinjaman pelajaran di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) bagi tahun 2022 dibuka semula bermula 28 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2022.

Terdapat pelbagai bidang penajaan yang ditawarkan melalui TESP ini antaranya kejuruteraan, keselamatan makanan, IT, Creative Design, Ekonomi, Perakaunan, Sains dan 

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2022. 

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Permohonan dibuka selama 8 hari mulai 28 Julai (Khamis) hingga 4 Ogos 2022 (Khamis).

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, https://myeduloan.mara.gov.my/v3/

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. 

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Penajaan Pengajian Tertiari dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:

Info lanjut permohonan layari https://www.mara.gov.my/ 

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Peringkat Diploma Sesi 2022/2023

BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2022:2023

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak dibuka selama 2 minggu bermula dari 1 Ogos hingga 14 Ogos 2022.

BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada pribumi Sarawak.

Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut;

  • Merupakan anak Jati Sarawak.
  • Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik.
  • Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Pendidikan.
  • Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dari kalangan kumpulan B40 (Pendapatan isi rumah RM4850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa.)

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian (online) melalui pautan berikut: https://escholarship.sarawak.gov.my/ 

Sila layari laman web rasmi SPANS https://psc.sarawak.gov.my/ untuk PANDUAN PERMOHONAN

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

Jumlah Bantuan Pembiayaan BPKNS

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) sila hubungi 082-236325, 082-236554 atau 082-237258.

Info lanjut BPKNS juga boleh diperlolehi di https://escholarship.sarawak.gov.my/ 

Diskaun 40 Peratus Untuk Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

DISKAUN 40 PERATUS UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang (1982 – 2022), Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang kepada peminjam-peminjam sedia ada.

Diskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Untuk membuat semakan bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang, sila klik pada pautan berikut;

https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanjut;

  1. Pn. Rohana Bt Khamdan (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  2. Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)
  3. Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
  4. En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  5. Talian Whatsapp : 011-1664 1800 dan 011-1663 1800

Bantuan Didik Anis Siri 2 2022

Didik-Anis-Bantuan-Kewangan-Secara-One-off-siri-ke-2

Permohonan bantuan DIDIK ANIS siri ke-2 kini dibuka semula kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.

Bantuan yang diberikan berbentuk bantuan kewangan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan early intervention awal untuk Anak Istimewa Selangor (ANIS) di negeri Selangor sahaja.

Antara objektif bantuan Didik Anis adalah membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor serta memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut.

Tempoh permohonan Bantuan Didik Anis Siri ke 2 dibuka mulai 1 Ogos hingga 12 Ogos 2022.

Cara memohon adalah sebagaimana berikut;

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/didikanis
  • Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  • Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  • Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

    Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
    Tingkat G Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

Sebarang pertanyaan mengenai Didik Anis boleh rujuk maklumat berikut;

Alamat:

Jabatan Anak Istimewa Selangor
Yayasan Warisan Anak Istimewa (YAWAS)
East Entrance, Lot G26-28 ,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Telefon:

  • Hotline ANIS – 013-9508573
  • Hotline YAWAS – 03-54818800

Facebook: Anak Istimewa Selangor – ANIS

Laman web: https://www.anisselangor.com/didikanis 

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat Fasa 2 2022

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Fasa 2

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat Fasa 2 2022 kini dibuka sehingga 12 Ogos 2022.

Yayasan Bank Rakyat (YBR) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) yang ditawarkan untuk pengajian di peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma.

*Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik

2. Pelajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/ Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/ Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenan dn diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan bank Rakyat.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman portal https://www.yayasanbankrakyat.com.my/ 

 

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!