Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan semakan permohonan kemasukan Prasekolah tahun 2023 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022.
Bagi Ibubapa atau penjaga yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke Prasekolah pada bulan Mac – Mei yang lalu, bolehlah membuat semakan mulai tarikh yang disebutkan di atas.
Tempoh Semakan Keputusan
Mulai 5 Ogos 2022.
Tempoh Permohonan Rayuan
5 hingga 20 Ogos 2022
Cara Semakan
Ibu bapa/ penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan prasekolah melalui 2 kaedah;
- Melalui laman sesawang e-prasekolah: https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Semakan secara manual melalui sekolah yang dipohon.

Terlupa Kata Laluan (Password)
Sekiranya pengguna terlupa kata laluan (password) dalam Sistem E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ikuti langkah-langkah berikut;

- Tekan Lupa Kata laluan
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkan email yang didaftarkan
- Tekan seterusnya
Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan).
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Sesi Persekolahan 2023/2024
Persekolahan bagi sesi 2023/2024 dijangka bermula pada;
- 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan;
- 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B.
KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
* sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya ada pertanyaan mengenai semakan keputusan permohonan kemasukan Prasekolah tahun 2023, sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan;
Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah | Alamat Emel |
JPN Johor | [email protected] |
JPN Kedah | [email protected] |
JPN Kelantan | [email protected] |
JPN Melaka | [email protected] |
JPN Negeri Sembilan | [email protected] |
JPN Pahang | [email protected] |
JPN Perak | [email protected] |
JPN Perlis | [email protected] |
JPN Pulau Pinang | [email protected] |
JPN Sabah | [email protected] |
JPN Sarawak | [email protected] |
JPN Selangor | [email protected] |
JPN Terengganu | [email protected] |
JPWP Kuala Lumpur | [email protected] |
JPWP Labuan | [email protected] |
JPWP Putrajaya | [email protected] |
Pakaian Murid PraSekolah
Untuk makluman ibu bapa atau penjaga, pakaian murid prasekolah KPM adalah seperti berikut:
- kemeja-T putih berkolar;
- tudung putih (bagi yang bertudung);
- lencana sekolah/institusi bertampal/berjahit;
- track bottom biru gelap; dan
- kasut kanvas* (warna kasut adalah berdasarkan pekeliling semasa yang telah ditetapkan oleh KPM).
Penempatan Murid Prasekolah Ke Tahun Satu
- Pemilihan murid ke tahun satu tidak tertakluk kepada institusi di mana murid tersebut mengikuti pendidikan prasekolah.
- KPM tidak menetapkan bahawa murid yang memasuki tahun satu perlu mengikuti prasekolah di sekolah yang sama.
- Kemasukan ke tahun satu adalah tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Pendidikan Percuma Untuk Prasekolah
- Pendidikan Prasekolah KPM disediakan secara percuma oleh kerajaan.
- Kerajaan menyediakan peruntukan khusus untuk murid prasekolah KPM.
- Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat kutipan wang daripada ibu bapa/penjaga murid prasekolah selain daripada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seperti yang telah diputus kan dalam Mesyuarat Agung PIBG dan mendapat kelulusan pendaftar
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Rayuan Prasekolah 2023
Mulai 5 Ogos 2022 (Jumaat)
5 hingga 20 Ogos 2022
Melalui laman sesawang e-prasekolah: https://eprasekolah.moe.gov.my/
Semakan secara manual melalui sekolah yang dipohon.
Persekolahan bagi sesi 2023/2024 dijangka bermula pada;
– 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan;
– 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B.