Perhatian kepada pemilik-pemilik bengkel membaiki motorsikal, kereta, mengimpal, mengecat, barangan elektrik, elektronik, penghawa dingin, bengkel besi dan bengkel perabot. Zakat Pulau Pinang membuka peluang kepada pemilik bengkel di atas untuk membuat membuat permohonan Bantuan Khas (Pemilik Bengkel) kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Permohonan dibuka bermula 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).
Kepada mereka yang berkelayakan, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup di atas.
Apa Itu Bantuan Khas Pemilik Bengkel Zakat Pulau Pinang?
Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Sumbangan bantuan yang diberikan adalah kepada pemilik-pemilik bengkel berikut;
- Bengkel membaiki kereta/motor
- Bengkel mengimpal/mengecat
- Membaiki barangan elektrik/elektronik/penghawa dingin
- Bengkel besi
- Bengkel perabot
Syarat dan Kelayakan Permohonan
Permohonan dibuka kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
- Pemastautin dan mempunyai premis/bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang;
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT;
- Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022
- Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
Tarikh Tutup Permohonan
Bantuan ini dibuka mulai 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).
Cara Memohon
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan Bantuan Khas Pemilik Bengkel ini, boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.
Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang
Bandar Perda (HQ)
Butterworth
Kepala Batas
Georgetown
Nibong Tebal
Bayan Baru
Balik Pulau
Ayer Hitam
Info dan Pertanyaan
Pertanyaan lanjut klik https://wa.me/601128724558
Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang
Sumber: Zakat Pulau Pinang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.