Tawaran Pembiayaan Pemulih NewBiz Untuk Individu dan Siswazah Yang Berminat Memulakan Perniagaan Mikro Berasaskan Makanan Di Rumah
Berita baik kepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based), membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya.
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta melalui Agrobank di bawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz kepada mereka yang berkelayakan.
Program pembiayaan ini ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan.
Apa Itu Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz?
Program ini merupakan pembiayaan yang ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan.
Kemudahan pembiayaan ini melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan kepada aktiviti perniagaan yang ditetapkan seperti berikut;
- Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya;
- Menjalankan aktiviti perniagaan secara home-based yang melibatkan aktiviti seperti berikut;
- Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
- Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
- Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya.

Kelayakan
Syarat dan kelayakan bagi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan);
- Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kegawatan ekonomi semasa sepertimana berikut :
- Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020.
- Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian dan masih manganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil pada tarikh permohonan dibuat;
- Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.
Had Pembiayaan
Secara pembiayaan berperingkat (Step up financing) seperti berikut :
- Peringkat Pertama : Sehingga RM5,000.00
- Peringkat Kedua : Sehingga RM10,000.00 (mengambil kira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama) selepas tempoh 12 bulan dari tarikh kemudahan pembiayaan peringkat pertama dikeluarkan.
- Selepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
- Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.
Kadar Keuntungan
- 0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun;
- Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.
Tempoh Moratorium
- Sehingga 60 bulan termasuk enam (6) bulan tempoh moratorium.
- Moratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.
- Tempoh minimum pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.
Cara Memohon
Maklumat lanjut mengenai permohonan Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, sila layari https://www.agrobank.com.my/ atau kunjungi cawangan AgroBank yang berdekatan.
Info lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, layari https://bit.ly/3zqyq5J
Leboh Pasar Besar, 50726, Kuala Lumpur Malaysia Tel: +603 2731 1600 Faks: +603 2691 7790 E-mel: [email protected] |
Sumber: AgroBank
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.