Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 2022

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 | Bantuan Pendidikan Sabah 2022

Kerajaan Negeri Sabah meneruskan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 buat anak-anak Negeri Sabah yang sedang meneruskan Pengajian di IPT.

Bantuan ini menyasarkan anak-anak Sabah di bawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang meneruskan pengajian di IPT tetapi tidak mampu untuk membeli dan memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran. 

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.

Apa itu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0?

Kerajaan negeri Sabah melalui Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas ini masih menyediakan bantuan BAIK iaitu bantuan ihsan komputer, tetapi sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar anak Sabah di bawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang belajar di IPT yang tidak mampu membeli komputer untuk pembelajaran. 

Bantuan BAIK kali ini melibatkan RM1 juta dan akan memberi faedah kepada 600 pelajar.

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0

Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan

Berikut merupakan syarat dan kriteria permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0;

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yangmemerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih
  • Memberikan justifikasi keperluan komputer riba

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online atau manual. 

Bagi permohonan secara online, pemohon dikehendaki mengisi borang yang disediakan melalui pautan Google Doc berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfA01VScxmjrtDqR9zYSC8AYIO0UHVL0Ba-q1jPs0TpmD-EGw/formResponse?pli=1

Bagi permohonan secara manual pula, boleh hendaklah mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah;

https://drive.google.com/drive/folders/16s27d5Hj3YI1Y8DR4Wv1TuK2woruzGXo

Atau download borang di bawah;

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut;

Setiausaha Tugas-Tugas Khas, 
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas (PMTTK),
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu, 
88450, Kota Kinabalu,
Sabah.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa
  • Surat cerai ibu bapa (jika berkaitan)
  • Surat kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
  • Surat tawaran
  • Surat pengesahan pelajar daripada IPTA atau IPTS
  • Salinan slip gaji/pendapatan ibu dan bapa (Kedua-duanya wajib ada pengesahan) 

*(Jika berkerja sendiri/tidak berkerja sila dapatkan pengesahan daripada pegawai daerah/persuruhjaya sumpah/ketua kampung)

* bagi permohonan online, dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah dimuat naik (bentuk pdf) dalam Google Doc yang dinyatakan di atas.

Pertanyaan Tentang Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BAIK boleh hubungi nombor telefon berikut:

  • 088369872

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mttk.sabah.gov.my/

Sebarang terma dan syarat tertakluk kepada keputusan jawatankuasa.

Jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan komputer yang disediakan ini.

Sumber: Pejabat Menteri Tugas Tugas Khas Sabah

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top