Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif bantuan kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.
Sehubungan dengan itu, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang lengkap dan dikembalikan sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat mengenai permohonan bantuan ini adalah sebagaimana di bawah.
Kategori Pemohon
Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori berikut:
- Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan atau tidak;
- Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja atau banduan; atau
- Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.
Syarat-syarat kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka; dan
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
- Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,289.00 atau RM 337.00 per-kapita.
Tempoh Permohonan
Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka ini dibuka mulai 5 Ogos hingga 31 Ogos 2022 (Rabu).
Oleh yang demikian, borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKM sebelum atau pada tarikh tutup di atas.
Cara Memohon
Pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka yang boleh diperolehi di Pejabat Pembangunan Wanita Melaka.
Borang permohonan juga boleh dimuat turun >>DI SINI<<
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan dan diakui sah oleh Pegawai Kumpulan A (bagi yang berkaitan);
- Salinan kad pengenalan pemohon;
- Salinan sijil berkahwinan;
- Salinan sijil penceraian/kematian [bagi ibu tunggal kategori (a)];
- Salinan Mykad/Mykid tanggungan/Sainan Sijil Pengangkatan yang sah;
- Sip gaji terkini/surat pengesahan pendapatan (Lampiran 1);
- Surat pengesahan kesihatan dan doktor [bagi ibu tunggal kategori (6)];
- Surat sokongan/pengesahan dan penjara bagi ibu tunggal kategori (b)];
- Surat akuan sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian/perkahwinan adat),
Alamat dan Waktu Operasi Pejabat Pejabat Pembangunan Wanita Melaka
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke pejabat di bawah sebelum tarikh tutup permohonan.
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka Waktu Operasi Isnin – Khamis 8.00 Pagi – 1.00 Petang 2.00 Petang – 5.00 Petang Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tgh hari 2.45 petang – 5.00 petang |
Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka Waktu Operasi Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad 8.00 Pagi – 1.00 Petang 2.00 Petang – 5.00 Petang Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tgh hari 2.45 petang – 5.00 petang |
Info Dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi maklumat berikut;
- Telefon -06-231 0334
- Email [email protected]
- Laman web – jpw.gov.my
- Facebook: https://www.facebook.com/ppwnmelaka15
Sumber: Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.