Bantuan Kewangan Pendidikan 2022 YPC Yayasan DayaDiri

Bantuan kewangan pendidikan untuk pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (IPTA) di bawah Youth Prep Centre (YPC) Yayasan DayaDiri bagi tahun 2022 kini dibuka.

Permohonan bantuan kewangan pendidikan YPC-YDD 2022 kini dibuka kepada para pelajar universiti awam peringkat ijazah sarjana muda. Bantuan kewangan YPC-YDD akan diberikan secara sekali bayar.

Sila baca maklumat dengan teliti sebelum permohonan dibuat.

Tarikh Tutup Permohonan

30 September 2022

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi bantuan kewangan pendidikan YPC-YDD 2022

  • Warganegara Malaysia (Pribumi Sabah, Sarawak & semenanjung) daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu RM 4850 ke bawah sebulan.
  • Merupakan pelajar ijazah sarjana muda (Tahun 1 sehingga akhir) di universiti awam.
  • Mempunyai latar belakang akademik dan  kokurikulum yang baik.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan melalui mana-mana cara berikut;

i) Mengisi borang permohonan secara online melalui link di bawah;

https://forms.gle/JQqxvL5JLumcFTXi8

ATAU

ii) memuat turun borang permohonan melalui link di bawah;

https://drive.google.com/…/16KTOC…/view…

Bagi cara kedua, sila hantar permohonan yang lengkap sekali dengan dokumen diperlukan yang telah diimbas atau discan  ke alamat email berikut;

[email protected]

*nota: Anda hanya boleh memilih SATU cara memohon sahaja.

Langkah-langkah Permohonan bagi cara Kedua (manual)

  1. Sila lengkapkan semua bahagian borang permohonan, sertakan gambar anda dan tandatangan halaman pengakuan. 
  2. SILA E-MEL borang permohonan yang lengkap, bersama-sama dengan salinan imbasan halaman pengakuan yang ditandatangani, salinan keputusan peperiksaan, surat tawaran ke kolej/universiti dan lain-lain lampiran yang berkaitan kepada [email protected]
  3. SEMUA DOKUMEN PERLU DISAHKAN oleh Pengetua Sekolah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah. 
  4. SEMUA PENGHANTARAN DOKUMEN hanya diterima melalui E-MEL sahaja. 
  5. Borang permohonan dan lampiran perlu dihantar DALAM BENTUK DOKUMEN PORTABLE DOCUMENT FORMAT (PDF) SAHAJA. Sebarang bentuk dokumen yang lain tidak akan dilayan.
  6. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan 
  • Gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon 
  • Salinan Surat Lahir Pemohon
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  • Salinan Buku Akaun/Penyata Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Universiti (Semester 1 hingga peperiksaan yang terakhir)
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan (individu) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja (oleh Ketua Kampung) – UNTUK PENJAGA PERTAMA dan PENJAGA KEDUA 

Info Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi YPC di talian 088-395632 (YPC) atau 014-8660224 (YPC Hotline). 

Sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda. 

Sumber: YouthPREP Centre Alamesra

Bantuan Kewangan Pendidikan YPC-YDD

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top