FELDA MENAWARKAN SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA KEPADA GENERASI BAHARU FELDA
FELDA menawarkan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kepada anak atau cucu peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan atau swasta.
Melalui insentif ini, generasi baharu FELDA diberi bantuan sehingga RM1,500 berdasarkan kelayakan dan peringkat pengajian yang ditawarkan.
Insentif ini juga merupakan suatu bentuk dorongan serta motivasi kepada generasi baharu FELDA untuk menjadikan pendidikan sebagai sebuah platform utama dalam membina nilai diri serta membantu meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA.
Apa Itu Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)?
SIAP merupakan insentif bantuan diberikan sekali sahaja (one-off) kepada anak peneroka atau cucu peneroka yang berjaya memasuki universiti tempatan ataupun universiti swasta di peringkat Diploma, Ijazah dalam negara atau Ijazah luar negara.
Tujuan insentif ini adalah;
- Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
- Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
Jenis dan jumlah bantuan
Jumlah bantuan yang ditawarkan di bawah Skim Insetif Anak Peneroka (SIAP) adalah sebagaimana berikut;
- Diploma : RM500
- Ijazah Dalam Negara : RM1,000
- Ijazah Luar Negara: RM1,500
* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara. |
Syarat Permohonan
Permohonan hendaklah berdasarkan syarat-syarat berikut;
- Anak/cucu peneroka, anak tiri, anak angkat* yang telah didaftarkan.
- Bermastautin di Rancangan FELDA.
- Permohonan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh surat tawaran.
- Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak/cucu peneroka.
- Kelayakan bergantung kepada IPTA/IPTS yang diluluskan.
- Terbuka kepada peneroka bersama FELDA sahaja.
* Sertakan salin Sarat Pendaftaran Anak Angkat
Cara Memohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)
Permohonan bagi insentif ini boleh dibuat sebagaimana cara berikut;
- Dapatkan borang permohonan di Pejabat Rancangan FELDA berhampiran.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat rancangan FELDA yang berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan
- Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan peneroka
- Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini
Permohonan Yang Tidak Layak
- Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
- Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
- Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
- Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
- Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi sebagaimana maklumat berikut;
- Telefon: 03-2191 2216 / 03-2191 2313
- [email protected] / [email protected]
Sumber: FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.