Skim Halimatul Saadiah 2022 Skim Untuk Pengasuh Di Rumah

Berita baik buat para pengasuh, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita membuka semula Skim Halimatul Saadiah pada tahun 2022.

Skim ini bertujuan memberi bimbingan, bantuan dan kemahiran kepada pengasuh yang berminat dan berkelayakan di negeri ini.

Maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Halimatul Saadiah ini adalah sebagaimana di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 18 Ogos 2022 (Khamis).

Jumlah Bantuan

Pemohon yang berjaya akan menerima wang tunai sebanyak RM300.00 di bawah Skim Halimatul Saadiah (One-Off).

Kriteria Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan bermaustautin di Kelantan 
  2. Berumur 25 tahun ke atas 
  3. Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira) 
  4. Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun 
  5. Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah

Syarat-syarat Umum Penyertaan

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermaustatin di Kelantan.
  2. Pemohon yang pernah mendapat Bantuan Skim Halimatul Saadiah HILANG KELAYAKAN untuk memohon.
  3. Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia. BORANG BOLEH DIFOTOSTAT.
  4. Sila pastikan anda telah melengkapkan perkara berikut sebelum membuat penghantaran :
    1. Borang permohonan yang lengkap
    2. 1 keping gambar pemohon ( saiz paspot @ 3R )
    3. 1 keping gambar tempat mengasuh berserta kanak-kanak yang dijaga
    4. 1 keping salinan Kad Pengenalan pemohon

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Skim Halimatul Saadiah yang disediakan yang boleh didapati di pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kelantau atau muat turun melalui Google Drive di bawah; 

https://drive.google.com/file/d/1EWp4k2vpHgxvoZUqGinNlCm5eV_MKwdI/view

Penghantaran Borang

Serahan borang permohonan boleh dibuat secara SERAHAN TANGAN, POS, FAKS atau E-MAIL sebelum atau pada 18 Ogos 2022 (Khamis) kepada:

UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA
PEJABAT URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
ARAS 2, BLOK 2, KOMPLEKS KOTA DARULNAIM,
15503 KOTA BHARU, KELANTAN

No. Faks : 09-7476530

Alamat e-mail : [email protected]

Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui panggilan telefon.

Pihak urusetia berhak membatalkan permohonan yang tidak lengkap atau sukar dibaca.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA ditalian 013-9836915 atau 09-7476568 ( Faks: 09-7476530 )

Sumber: Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Skim Halimatul Saadiah 2022


Scroll to Top