Friday, October 7, 2022
HomeBantuan IPTBantuan Awal Pengajian IPT MUIP (Pahang) 2022

Bantuan Awal Pengajian IPT MUIP (Pahang) 2022

Bantuan Awal Ke IPT merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selain daripada  Bantuan Dermasiswa Pelajaran IPT/Pondok, Tambang Belajar Pergi/Balik dan Saguhati Penghafaz Al-Quran.

Bantuan ini disediakan kepada pelajar dalam semua bidang bagi pengajian di peringkat Sijil Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan (PhD)

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat-peringkat pengajian.

Sebelum permohonan dibuat,  pemohon diingatkan agar membaca dan memahami syarat-syarat kelayakan serta tindakan yang perlu.

Apa Itu Bantuan Awal Pengajian IPT MUIP?

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana muda Pengajian Islam Sepenuh Masa atau Sarjana muda Tidak Sepenuh Masa/PJJ Semua Bidang Pengajian atau Sarjana/PhD Semua Bidang Pengajian secara Sepenuh Masa / Tidak Sepenuh Masa di dalam atau di luar negara.

Tempoh Permohonan 

Bagi permohonan Bantuan Awal ke IPT MUIP, bantuan dibuka sepanjang tahun kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan yg diberikan adalah sebagaimana berikut:

  1. Sijil Asasi / Matrikulasi (Sepenuh Masa) Semua Bidang  – RM500
  2. Diploma (Sepenuh Masa) Semua Bidang – RM700
  3. Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Semua Bidang – RM1200
  4. Sarjana Muda (PJJ) Semua Bidang – RM1500
  5. Sarjana (Master) Semua Bidang – RM1500
  6. Phd Selain Pengajian Islam – RM3000
  7. Phd Pengajian islam – RM5000

Syarat-syarat Permohonan

Bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan permohonan boleh dibuat secara online.

Syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;

  1. Pelajar beragama Islam.
  2. Pemohon adalah Pemastautin di negeri Pahang.
  3. Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT
  4. Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  5. Perlu kemukakan slip bayaran / bukti pendaftaran kemasukan ke IPT.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui https://zakat4pengajian.muip.gov.my/ 

Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna baharu sekiranya belum mendaftar.

Sebagai peringatan, pemohon diingatkan agar dapat memasukkan nombor AKAUN BANK yang AKTIF bagi memudahkan pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk membuat bayaran jika permohonan anda telah diluluskan.

Pemohon diingatkan agar dapat memberikan nombor TELEFON BIMBIT AKTIF ketika melengkapkan permohonan bagi tujuan memudahkan pihak Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang menyebarkan sebarang makluman berkenaan permohonan anda.

Info Lanjut dan Pertanyaan

BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT

Alamat: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, 26600 Pekan, Pahang
Negara: Malaysia

E-mail: [email protected]

TEL. : 09 – 422 1311

Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/Bantuan Awal Ke IPT;
ext. 1002
ext. 1003
ext. 1016

MEDIA SOSIAL (Facebook) muipinfo

Sumber: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!