Berita baik buat anak-anak negeri Perak yang ingin melanjutkan pengajian dalam dan luar negara, Yayasan Perak membuka permohonan Dermasiswa Dalam dan Luar Negara kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.
Jenis bantuan yang diberikan adalah bantuan permulaan secara ‘one-off’ berdasarkan peringkat pengajian kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.
Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun, namun pemohon perlu membuat permohonan tidak lebih dari 3 bulan tarikh pendaftaran masuk IPT.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai bantuan dermasiswa yang dimaksudkan.
Apa Itu Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara?
Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di Peringkat SIJIL, DIPLOMA,DIPLOMA LANJUTAN, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)(Separuh masa dan sama ada bekerja atau tidak) sahaja.
Tempoh Permohonan
Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Negara & Luar Negara dibuka sepanjang tahun.
Namun pemohon hendaklah membuat permohonan tidak lebih dari 3 bulan tarikh pendaftaran masuk IPT.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi dermasiswa ini;
- Anak Kelahiran Negeri Perak & menetap di Perak sahaja.
- Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
- Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara.
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.
Tahap Pengajian
- Dalam Negara – Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
- Luar Negara – Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal Yayasan Perak berikut;
- Klik pada PERMOHONAN ONLINE
- Pilih Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:
- Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan PENGHULU/ KETUA KAMPUNG DAN perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
- Salinan SURAT TAWARAN TERKINI yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan Pengesahan SETUJU TERIMA atau TOLAK Tawaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
- PENYATA PENDAPATAN (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).Sekiranya BEKERJA SENDIRI atau PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu/ Ketua Kampung.
- Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).
Penghantaran Dokumen
Dokumen-dokumen di atas perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.
Semakan Permohonan
Pemohon boleh membuat semakan secara talian/ online dalam tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran dokumen dibuat melalui laman web berikut;
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.
ALAMAT : Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. WAKTU OPERASI Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang (Rehat : 1.00 t/hari -2.00 petang) Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang (Rehat : 12.15 t/hari – 2.45 petang) Sabtu & Ahad : Tutup Emel : [email protected] , [email protected] |
Sumber: YAYASAN PERAK