Friday, October 7, 2022
HomeBantuan IPTBantuan IPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Bantuan IPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Kerajaan negeri Melaka menerusi TAPEM menyediakan Bantuan IPT kepada  anak Melaka yang berjaya ditawarkan ke IPT yang disenaraikan di bawahnya.

TAPEM memberi bantuan dalam bentuk wang tunai secara sekaligus (one-off) sehingga RM400 berdasarkan peringkat pengajian masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan IPT TAPEM ini adalah sebagaimana di bawah.

Apa itu Bantuan IPT TAPEM??

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Kadar Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off berdasarkan peringkat pengajian sebagaimana berikut;

DIPLOMA – RM 300.00

IJAZAH  – RM 400.00

SARJANA – RM 400.00

PHD      – RM 400.00

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan IPT TAPEM ini hendaklah mempunyai kelayakan sebagaimana berikut;

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  3. Bermastautin di Negeri Melaka dan
  4. Pengundi di Negeri Melaka.
  5. Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  7. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  8. Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform  telah berkhidmat  dan telah  bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan  dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  9. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  10. Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Cara Memohon

> Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://tapemonline.melaka.gov.my 

Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.

> Borang juga boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang :

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa  yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon. 
    • Bank yang aktif sahaja
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajian yang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY  (MQA).

Penghantaran Borang

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada;

Pengurus Besar, 
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,
No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, 
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 
75450 Melaka. 

No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi maklumat berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM
No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka.

Telefon +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10
 +606-2331450
 [email protected]
 2.2737820,102.2887070

Sumber: Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!