Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Zakat Pelajar (UiTM) Sesi 2 2022/2023 Secara Online

Permohonan Zakat Pelajar (UiTM) Sesi 2 2022/2023 Secara Online

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi 2 2022 / 2023 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bagi Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian (online) bagi sesi 2 2022/2023.

Pelajar-pelajar yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan zakat ini sebelum tarikh tutup permohonan beserta syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Tempoh Permohonan

Permohonan Zakat Pelajar UiTM ini dibuka secara atas talian (online) bagi kampus berikut;

  1. Shah Alam
  2. Puncak Alam
  3. Puncak Perdana
  4. Sungai Buloh
  5. Seksyen 17
  6. Selayang 
  7. Dengkil

Permohonan Zakat Atas Talian (Sistem E-Zakat)

  • Tarikh permohonan dibuka: 21 Mac 2023 (Selasa)
  • Tarikh permohonan ditutup Tutup: 21 April 2023 (Jumaat sehingga 11.59 malam)

Tarikh Temuduga Zakat

  • Mula : 2 Mei 2023 (Selasa)
  • Tutup: 28 Jun 2023 (Rabu)

Kaedah Temuduga

Kaedah temuduga adalah tertakluk kepada fakulti masing-masing

  1. Pelajar hendaklah menghubungi Panel Penemuduga Fakulti yang telah dilantik oleh Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam (Rujuk Maklumat Panel Penemuduga di dalam Jadual Panel di sistem E-Zakat UiTM) bagi urusan temuduga setelah status permohonan pelaiar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA.
  2.  Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara panggilan telefon atau atas talian (Online) atau secara fizikal tertakluk kepada fakulti masing-masing.
  3. Kegagalan pelajar untuk menghubungi Panel Penemuduga Fakulti pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

Syarat Umum Permohonan Zakat Pelajar

  1. Beragama ISLAM
  2. Pelajar UiTM (Diploma / Sarjana Muda) SEPENUH MASA
  3. TIDAK MENDAPAT TAJAAN KEWANGAN (Biasiswa / Dermasiswa) daripada mana-mana institusi seperti JPA, MARA dan sebagainya
  4. Tidak dikenakan sebarang TINDAKAN TATATERTIB oleh pihak Universiti
  5. Jumlah pendapatan keluarga (pendapatan kasar isi rumah) TIDAK MELEBIHI RM 4,000
Permohonan Zakat UiTM 2023 telah dibuka, mohon sekarang

Cara Memohon

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui kaedah berikut;

Dokumen Sokongan

  1. Salinan kad matrik pelajar
  2. Pengesahan pendapatan/slip gaji
  3. Slip pengesahan akaun
  4. Surat perakuan doktor (jika perlu)
  5. Sijil kematian (jika perlu)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut, sila layari Facebook Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM – Media FB Rasmi

Atau laman web https://zawaf.uitm.edu.my/ 

​​Sumber: Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi MARA

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Bagi Pelajar Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Sesi 2 2022 2023

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!