Berita gembira buat rakyat negeri Terengganu. Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Terengganu meneruskan Bantuan Hari Raya i-Fitri kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan.
Pada tahun lalu, seramai 144,000 atau 90 peratus daripada 160,000 pemohon layak menerima bantuan dana khas Aidilfitri atau i-Fitri.
Antara punca utama menyebabkan permohonan bantuan i-Fitri ditolak disebabkan pemohon bukan pengundi di Terengganu atau penjawat awam, selain mengemukakan permohonan berulang.
Oleh yang demikian, sila teliti maklumat berikut dari segi kelayakan agar permohonan bantuan ini dapat disalurkan.
Apa Itu Bantuan i-Fitri?
i-Fitri merupakan bantuan hari raya khas buat rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi membantu rakyat negeri ini dalam menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun 2023.
Bantuan ini pernah diberikan pada tahun 2022 dan diteruskan pada tahun ini kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan
Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri akan dibuka selama 13 hari bermula dari 19 Mac 2023 sehigga 31 Mac 2023.
Cara Memohon
Pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal berikut;
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Syarat Utama Bantuan
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat-syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Fitri 2023
1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
Pemohon Tidak Layak
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan (disahkan oleh JPKK).
- Semua Penjawat Awam & lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
Tarikh dan Cara Bayaran
Buat masa ini kerajaan negeri belum lagi mengumumkan tarikh pembayaran bagi bantuan ini. Namun berdasarkan pengalaman pada tahun lalu, bayaran dibuat 1 – 2 minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pemohon yang berjaya akan menerima baucer melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat terkini, sila layari laman Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI
atau hubungi Pusat Khidmat Masyarat DUN masing-masing.
Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI
Soalan Lazim (FAQ)
i-Fitri merupakan bantuan hari raya khas buat rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi membantu rakyat negeri ini dalam menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun 2023.
Mulai 19 Mac 2023 sehigga 31 Mac 2023 (13 hari)
Melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Belum diumumkan