Sukacitanya Tabung Haji mengumumkan bahawa bakal Haji boleh membuat semakan tawaran haji secara atas talian melalui THiJARI pada hari Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari.
Bagi musim haji 1444H/2023M, Tabung Haji (TH) akan mengutamakan Bakal Haji (BH) giliran tunai haji pada tahun 2020, 2021 dan seterusnya 2022 yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik Covid19, sebelum diikuti dengan BH giliran 2023.
Namun, kaedah pemilihan BH pada tahun ini adalah sama seperti kaedah sebelum ini, iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji di mana yang dahulu didahulukan.
Cara Semakan Haji 2023
Semakan tawaran menunaikan haji pada tahun ini boleh dibuat secara online menerusi THiJARI samaada melalui portal atau melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing.
Sekiranya anda membuat semakan melalui Portal THiJARI, pautannya adalah sebagaimana berikut;
- Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
- Pilih Perkhidmatan Haji
- Pilih Semak Tawaran Haji
- Klik Semak Tawaran
Semakan Haji 2023 juga boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI di telefon bimbit masing-masing melalui kaedah yang sama.
Sekiranya belum mempunyai aplikasi THiJARI, muat turun boleh dilakukan cara berikut;
Untuk memuat turun aplikasi THiJARI:
Play Store (Pengguna Android):
- Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
- Tekan “Tabung Haji”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
App Store (Pengguna iOS):
- Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
- Tekan “Tabung Haji”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
Rayuan Haji
Rayan Haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai Isnin, 27 Mac 2023
Syarat Tunai Haji Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi Bagi Musim Haji 1444H/2023M
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 seperti tahun sebelumnya iaitu:
Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan semua bakal jemaah haji Malaysia berada pada tahap kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.
Kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah Garis Panduan ini antaranya menetapkan Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.
Bayaran Haji Musim 2023 / 1444H
TH akan meneruskan pemberian Bantuan Kewangan Haji secara sasar dan berkala kepada bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023), walaupun terdapat peningkatan kos untuk menunaikan haji.
Kos Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Soalan Lazim
Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari.
secara atas talian melalui THiJARI https://www.thijari.com.my/
Rayan Haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai Isnin, 27 Mac 2023
RM30,850
– B40 = RM10,980
– M40 = RM15,980
– T20 = RM30,850