Alhamdulillah… Berita baik! Rezeki asnaf bagi penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan. Bantuan Ramadan 1444H Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan disalurkan bermula 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat.
Menurut MAIWP, bantuan Ramadan 1444H ini diberikan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima bantuan bulanan sedia ada MAWIP
Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Penyaluran bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP.
Bantuan Ramadan MAIWP bertujuan meringankan beban para asnaf dalam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini.
Sebagai makluman, Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Syarat Umum Permohonan Bantuan ini adalah sebagaimana berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Semoga Bantuan Ramadhan 1444H yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi harapan yang sangat bermakna bagi membantu asnaf dalam menyambut bulan suci Ramadan.