MySPR Semak: Semakan Tempat Mengundi PRU 15 spr.gov.my

MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi PRU-15 2022

Susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), anda kini boleh membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui tempat mengundi pada PRU yang ke-15.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Untuk makluman, Undi18 telah diwartakan pada tahun lepas. Mereka yang berumur 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Oleh yang demikian, melalui semakan daftar memilih, anda boleh membuat persiapan bagi mengetahui tempat dan lokasi mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 nanti.

2 Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRU 15 2022

Berikut merupakan cara semakan bagi mengetahui mengundi;

  1. Portal MySPR 
  2. Aplikasi MySPR

Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilih di Portal MySPR Semak

Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
    1. Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
    2. Google Play: https://play.google.com/store/apps/details
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Semakan Daftar Pemilh di Aplikasi MySPR Semak

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihan raya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih

Maklumat Pengundian

Maklumat pengundian dalam sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting mengenai PRU15 seperti berikut;

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi
Maklumat Pengundian PRU15

Anda digalakkan keluar mengundi mengikut waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Perlu diingatkan, pengundi perlu membawa kad pengenalan yang asal untuk membuang undi.

Panduan Permohonan Undi Pos Secara Atas Talian

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah melaksanakan perkhidmatan dalam talian (MySPR) bagi memudahkan warganegara Malaysia untuk membuat semakan maklumat pengundian dan permohonan undi pos bagi pengundi yang berada di luar negara (Kategori 1B)

Cara memohon undi pos secara online adalah sebagaimana berikut;

  1. Daftar Akaun MySPR
    1. Layari https://myspr.spr.gov.my/
    2. Daftar Akaun MySPR
    3. Aktifkan akaun pengguna
  2. Mohon Undi Pos
    1. Log masuk akaun MySPR
    2. Klik Permohonan Undi Pos
    3. Klik Borang Permohonan dan pilih kategori “Pengundi Luar Negara”
    4. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dan hantar permohonan
    5. Pemohon akan menerima status permohonan (diluluskan/ditolak) melalui emel selepas permohonan diproses
Cara-cara memohon undi pos online

Tarikh-Tarikh Penting PRU 15

Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Hari Penamaan Calon – 5 November 2022 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal – 15 November 2022 (SELASA)
  • Hari Pengundian – 19 November 2022 (SABTU)

Dalam PRU15 kali ini, tempoh berkempen telah ditetapkan selama empat belas (14) hari kepada parti-parti politik untuk mengadakan sebarang kempen pilihan raya.

Oleh yang demikian melalui tarikh-tarikh yang diumumkan di atas, anda boleh membuat persiapan untuk pulang mengundi bagi yang berada di luar kawasan tempat tinggal anda kini.

Tarikh-tarikh penting PRU15

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu
pejabat atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

FAQ Soalan Lazim

Bagaimana Cara Semakan Daftar Pemilih PRU 15?

1. Portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
2. Apliaski MySPR 
3. Hotline 03-88927018

Bagaimana Cara Permohonan Undi Pos Secara Online?

Melalui portal MySPR

Bilakah Tarikh Mengundi PRU15 2022?

19 November 2022 (Sabtu)

Apa Yang Perlu Di Bawa Ketika Hari Mengundi?

Kad Pengenalan Asal

Apakah Nombor Talian Hotline SPR?

+603-8892 7018

Scroll to Top