BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2023
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 mulai 1 November 2022.
Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat diluluskan.
Apa itu Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang?
Ia merupakan bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat dan Kelayakan.
- Warganegara Malaysia @ Pemastautin Tetap
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah
SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2023
Sekolah Rendah | Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sahaja |
Sekolah Menengah | Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas) |
BILANGAN ANAK DAN PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH
2 Orang Anak | RM1,800.00 Dan Ke Bawah |
3 Orang Anak | RM2,500.00 Dan Ke Bawah |
4 Orang Anak | RM2,750.00 Dan Ke Bawah |
5 Orang Anak dan Ke Atas | RM3,000.00 dan Ke Bawah |
**Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.
Tempoh Permohonan
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka selama sebulan mulai 1 November 2022 (Selasa) sehingga 30 November 2022 (Rabu).
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja)
- Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
- Surat pengesahan pelajar daripada sekolah
- Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
- Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).
Cara Memohon
Dapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran
Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang
Bandar Perda (HQ)
Butterworth
Kepala Batas
Georgetown
Nibong Tebal
Bayan Baru
Balik Pulau
Ayer Hitam
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan melalui telefon;
- 04-549 8125
- 04-549 8165
- 04-549 8167
- 04-549 8168
Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang dan Laman web Zakat Pulau Pinang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.