Memandangkan sudah memasuki bulan 11, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan Kerajaan pada bulan November 2022 ini.
Beberapa bantuan boleh dipohon pada bulan November ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban ketika rakyat sedang sedang berdepan dengan kesan kenaikan harga barang.
Beberapa bentuk bantuan yang menjadi tumpuan utama seperti agihan PerantiSiswa Fasa 2, Diskaun PTPTN, Bantuan Musim Tengkujuh dan lain-lain amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan November 2022 ini
Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan November 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.
Agihan PerantiSiswa Fasa 2

Sebagaimana sedia maklum, permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 telah ditutup pada 30 September yang lalu.
Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, sejumlah 221,411 permohonan PerantiSiswa sudah berjaya diproses dan diluluskan sehingga tarikh permohonan ditutup
KKomm telah terima hampir 475,000 permohonan dan kini giat memproses baki yg belum diluluskan dengan kerjasama pelbagai Kementerian dan agensi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk menyelesaikan pengagihan perantiSiswa Fasa 1 sebelum memulakan pengagihan Fasa 2 pada Oktober dan dijangka selesai pada November ini.
Semakan kelulusan PerantiSiswa dan info terkini boleh dibuat di laman portal https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan November 2022
Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan November akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi bulan November, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 November 2022.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan November, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan November.
Diskaun PTPTN Mulai 1 November 2022
Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Kerajaan dalam hal ini sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Dalam hal ini, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 dengan kadar yang berikut:
- Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
- Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut
https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama
atau
Boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
Pembayaran Bantuan i-Belia dan i-Belia Perantau
Bantuan i-Belia merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu buat golongan anak muda dan mahasiswa di negeri ini.
Manakala bagi kategori i-Belia perantau, bantuan ini adalah untuk belia dan mahasiswa yang tinggal di luar Terengganu namun merupakan anak jati Terengganu.
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa ini adalah sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).
Pembayaran dijangka akan dibuat secara tunai secara berperingkat antara 30 Oktober hingga 30 November depan.
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuka permohonan bagi bantuan pendidikan melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) sejak awal Oktober yang lalu.
Bantuan ini masih boleh dipohon sehingga tarikh tutup permohonan pada 3 Disember 2022.

Setiap permohonan SPZAS sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bergantung kepada jumlah tanggungan pada kadar RM200 seorang dan bagi permohonan SPZAS IPT akan menerima bantuan sebanyak RM700 hingga RM2,500.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .
Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.
p/s: permohonan boleh buat 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙇𝙄 (1) sahaja ya, dan hanya untuk 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙁𝘼𝙆𝙄𝙍, 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 & 𝙈𝙐𝘼𝙇𝘼𝙁
[ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻: Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus pendidikan.zakatselangor.com.my ]
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembayaran itu akan dibuat bermula November ini seperti biasa, kerana ia tidak terkesan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov ini.
Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022.
Untuk makluman, Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 pada 2023 sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Pembentangan Bajet 2023 pada awal Oktober yang lalu.
Info lanjut tentang BMT, boleh layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/
Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 mulai 1 November 2022.
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka selama sebulan mulai 1 November 2022 (Selasa) sehingga 30 November 2022 (Rabu).
Bantuan ini merupakan bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat dan kelayakan bagi bantuan ini adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia @ Pemastautin Tetap
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah
SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2023
Sekolah Rendah | Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sahaja |
Sekolah Menengah | Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas) |
BILANGAN ANAK DAN PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH
2 Orang Anak | RM1,800.00 Dan Ke Bawah |
3 Orang Anak | RM2,500.00 Dan Ke Bawah |
4 Orang Anak | RM2,750.00 Dan Ke Bawah |
5 Orang Anak dan Ke Atas | RM3,000.00 dan Ke Bawah |
**Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.

Dapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran
Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor
Sukacitanya Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor membuka permohonan Bantuan Zakat kepada Pelajar UiTM Cawangan Johor yang berkelayakan.
Tarikh tutup bantuan ini adalah pada 5 November 2022 (Sabtu).
Syarat permohonan adalah sebagaimana berikut;
- Beragama Islam / baru memeluk Islam (Muallaf)
- Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja setiap semester.

Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian melalui laman web:
https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php
Bagi permohonan kali pertama, sila daftar untuk akaun baru!
Setiap pemohon wajib sertakan dokumen seperti berikut (dalam Pdf):
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan/slip gaji
- Slip pengesahan akaun / salinan penyata bank atas nama pelajar
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2022

Pemohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2022 ditutup pada 15 November 2022 (Selasa)
Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;
- Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
- Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
- Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
- Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
- Pelajar SEPARUH MASA
- Pelajar LUAR KAMPUS
- Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
- Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
- Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja melalui pautan berikut;
https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/
Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.
Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.
Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. >>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<
Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;
Telefon – 04 702 7272/7283
Laman Web – https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.