BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program itu akan memanfaatkan lebih 2 juta belia dengan peruntukan bernilai RM300 juta.
Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih. Empat (4) penyedia perkhidmatan e dompet iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet telah dipilih untuk menjayakan program ini.
Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta.
Memandangkan program ini akan bermula pada pertengahan bulan April, peniaga PKS yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai (cashless) disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.
Semoga dengan pengumuman bantuan ewallet belia RM150 ini dapat meringankan Keluarga Malaysia khususnya kepada warga belia.