Kerajaan memperuntukkan bantuan sejumlah RM635 juta khusus untuk warga emas yang memerlukan sokongan berterusan serta akses kepada bantuan sewajarnya.
Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul berkata, pemberian tersebut diberikan sebagai sebahagian langkah mempergiatkan program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutamanya melibatkan warga emas.
“Menjelang 2030, Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara menua.
“Bagi memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan, sebanyak RM635 juta diberikan khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas,” katanya ketika Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2022) di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 yang akan disalurkan kepada isi rumah yang mempunyai anak lebih tiga orang dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.
Jumlah tersebut menyaksikan peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin.
Selain itu katanya, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.
‘Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM2,500.
Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan.
Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.
Bajet 2022 ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.
Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.
Semoga dengan pengumuman Bantuan Warga Emas ini dapat membantu memulihkan kembali enonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19.