Thursday, September 21, 2023
HomeInfoSenarai Pelepasan Cukai Individu 2023 Bagi Tahun Taksiran 2022

Senarai Pelepasan Cukai Individu 2023 Bagi Tahun Taksiran 2022

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyenaraikan 21 senarai pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022.

Jika pendapatan tinggi, tak perlu runsing sebab ada banyak jenis pelepasan cukai yang boleh kita claim untuk kurangkan cukai.

Terdapat beberapa senarai pelepasan cukai yang telah ditawarkan bagi mengurangkan jumlah cukai yang kita perlu bayar. Dengan kata lain, pelepasan cukai adalah amaun yang boleh ditolak daripada pendapatan yang akan dicukai.

Tarikh 1 Mac setiap tahun menjadi kelaziman bagi individu yang layak dikenakan cukai untuk mengisytiharkan cukai masing-masing.

Jadi sebelum anda membuat pembayaran cukai menerusi sistem e-Filing, kami kongsikan senarai pelepasan cukai pendapatan untuk individu pemastautin 2022.

Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin

Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2022.

Pelepasan Individu

  1. Individu dan saudara tanggungan = RM9,000
  2. Individu kurang upaya (OKU) = RM6,000
  3. Suami / isteri kurang Upaya = RM5,000
  4. Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri = RM4,000
  5. Yuran pengajian (Diri sendiri) = RM7,000
    • Termasuk kursus upskilling atau self-enhancement dalam
      apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh ketua pengarah pembangunan kemahiran (terhad RM2,000)

Gaya Hidup, Perubatan dan Peralatan Berkaitan

  1. Perbelanjaan melancong dalam negara = RM1,000
    • Penginapan di premis yangberdaftar
    • Bayaran masuk ke pusat tarikan 
pelancongan
    • Pembelian pakej pelancongan domestik
melalui ejen berdaftar
  2. Rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa = RM8,000
  3. Peralatan alat sokongan asas (Individu / Suami / Isteri / Anak / Ibu bapa OKU) = RM6,000
  4. Gaya hidup = RM2,500
    • Pembelian bahan bacaan
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar/tablet
    • Bayaran langganan internet
    • Pembelian peralatan sukan & bayaran keahlian gimnasium
  5. Tambahan bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet = RM2,500
  6. Tambahan gaya hidup berkaitan aktiviti sukan = RM500
    • – Pembelian peralatan sukan
    • – Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
    • – Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  7. Pembelian peralatan penyusuan = RM1,000
    • Pembayar cukai wanita sahaja
    • Anak berumur kurang 2 tahun dan ke bawah
    • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  8. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (individu/suami/isteri/anak) & perbelanjaan rawatan kesuburan (diri sendiri atau pasangan) = RM8,000
    • Termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan Covid-19, pemvaksinan dan pemeriksaan kesihatan mental atau konsultansi (terhad RM1,000)

Pelepasan Anak

  1. Anak berumur 18 tahun dan ke bawah (belum berkahwin) = RM2,000
    • Belum berkahwin
  2. Anak berumur 18 tahun dan ke atas = RM2,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar sepenuh masa
  3. Anak berumur 18 tahun dan ke atas = RM8,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas di Malaysia)
  4. Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar = RM3,000
    • Berumur 6 tahun dan ke bawah
    • Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri
  5. Anak kurang upaya = RM6,000
  6. Tambahan bagi anak kurang upaya = RM8,000
    • Belum berkahwin
    • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas)

Caruman, Sumbangan dan Lain-lain

  1. Insuran nyawa dan KWSP
    • Individu penjawat awam berpencen = RM7,000
    • Selain penjawat awam (insuran nyawa / takaful) = RM3,000
  2. KWSP atau Skim yang diluluskan = RM4,000
  3. Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian pengecas kenderaan elektrik bagi kegunaan sendiri = RM2,500
    • termasuk sewa beli
    • langganan
  4. PERKESO / Sistem Insurans Pekerja = RM350
  5. Skim persaraan dan anutiti tertangguh = RM3,000
  6. Insuran pendidikan dan perubatan (Individu / pasangan / anak) = RM3,000
  7. SSPN (Tabungan bersih) = RM8,000
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun Taksiran 2022

Siapa Yang Di Kenakan Cukai?

2 kategori individu yang dikenakan cukai adalah sebagaimana berikut;

  1. Individu Yang Mempunyai Pendapatan Penggajian
  2. Individu Yang Mempunyai Pendapatan Perniagaan

1) Individu: Pendapatan Penggajian

Mereka yang dikenakan cukai adalah individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak dikenakan cukai.

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak

Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :

Ambang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022
Ambang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022

Nota:

  • * Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
  • ** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
  • *** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000

2) Individu Pendapatan Perniagaan

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

——-

Perniagaan terdiri daripada:

  • Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :

  • Perniagaan Runcit
  • Perniagaan Pasar Malam / Gerai
  • Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
  • Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
  • Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
  • Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
  • Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
  • Pertanian dan Penternakan
  • Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
  • Pemandu Teksi / e-hailing

Kadar Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022

Jadual di bawah membolehkan anda membuat pengiraan awal mengenai kadar cukai 2023 bagi tahun taksiran 2022.

kadar cukai bagi pendapatan bagi tahun taksiran 2022

Cara Melaporkan Cukai

Pelaporan cukai boleh dibuat dengan 2 kaedah iaitu;

  1. SECARA MANUAL dengan menghantar Borang Nyata ke Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL.
  2. SECARA ONLINE iaitu  penghantaran Borang Nyata secara dalam talian melalui platform e-Filing dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.

Sekiranya penghantaran dibuat secara MANUAL, anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.

Borang Nyata dan  buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.

Tempoh Pelaporan Cukai

1. Pelaporan Secara Manual

  • Bagi penggajian (Borang BE) – sebelum atau pada 30 April setiap tahun
  • Bagi perniagaan (Borang B) – sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun

2. Pelaporan Secara Dalam Talian 

  • Bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
  • Bagi perniagaan (Borang e-B) – sebelum atau pada 15 Julai setiap tahun

(Tarikh pengemukaan secara online adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Semakan boleh dibuat di Program Memfail Borang Nyata di Portal Rasmi HASiL)

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Soalan Lazim (FAQ) 

Berikut merupakan soalan lazim mengenai pelepasan cukai individu pemastautin untuk tahun taksiran 2022.

Siapa Yang Dikenakan Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Bilakah Tarikh Mula Isi efiling 2022?

1 Mac 2023

Bilakah Tarikh Akhir e-Filing 2022?

– Bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
– Bagi perniagaan (Borang e-B) – sebelum atau pada 15 Julai setiap tahun

Bagaimana cara melaporkan cukai secara online?

https://mytax.hasil.gov.my.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!