Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP Akaun 1 

Bagi  memastikan simpanan yang ada mencukupi untuk membiayai hari persaraan, Kerajaan bersetuju memberi tambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) sebanyak RM500 bagi ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1.

Melalui inisiatif ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

Inisiatif Tambahan RM500 KWSP

Inisiatif Penambahan Caruman KWSP Dalam Akaun 1

Tambahan RM500 caruman KWSP ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1 merupakan antara inisiatif terkini kerajaan bagi menggalakkan ahli mengumpul dan membina semula simpanan persaraan serta membolehkan mereka mempunyai masa depan yang lebih baik, khususnya dari segi pendapatan persaraan untuk menjalani kehidupan yang bermakna.

Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan, Perdana Menteri memaklumkan;

“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500. Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion”

Selain itu antara inisiatif lain yang diumumkan bagi mengumpul dan membina simpanan persaraan adalah;

  • Inisiatif Caruman Padanan (i-Saraan).
  • Menaikkan had caruman sukarela KWSP daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.
  • Meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000.
  • Penambahbaikan Simpanan Konvensional & Simpanan Syariah.
  • Insentif Caruman Padanan (i-Saraan)
  • Pelepasan Cukai KWSP
  • Penambahbaikan Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah

Syarat Kelayakan

Buat masa ini KWSP belum lagi memperincikan lagi syarat kelayakan bagi inisiatif Tambahan RM500 KWSP ini.

Namun berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, dapat kita fahami antara syarat kelayakan asas adalah;

  1. Ahli KWSP
  2. Berumur 40 hingga 54 tahun 
  3. Simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 

Semakan Baki KWSP 

Bagi mengetahui berapa baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;

  1. Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
  2. Semakan melalui kiosk KWSP
  3. Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk

Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu

Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikut langkah berikut;

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.

Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.

Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih. 

Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.

Scroll to Top