Pelbagai berita baik Belanjawan 2023 untuk rakyat telah pun diumumkan. Namun antara yang menjadi tumpuan adalah berkaitan bantuan Kerajaan bagi bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e- hailing.
Sudah pasti inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan beban rakyat terutamanya bagi golongan B40 dan rakyat yang memerlukan.
Inisiatif Kerajaan Bagi Bantuan Bayaran Ujian Memandu
Di bawah “Ikhtiar 12: Menyediakan Keperluan Asas Berkualiti” dalam Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan RM4.7 juta bagi bayaran ujian memandu untuk golongan yang memerlukan.

Inisiatif kerajaan menanggung bayaran ujian memandu untuk adalah untuk lesen kelas B2, dan lesen teksi, bas dan e-haling adalah bagi membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam bidang ekonomi gig.
Inisiatif ini ibarat ‘durian runtuh’ bagi golongan yang memerlukan terutamanya golongan perkhidmatan penghantaran terutamanya penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda menggunakan motosikal semakin menjadi pilihan kebanyakan rakyat untuk mencari pendapatan.
Dengan adanya bantuan daripada kerajaan seperti ini ia dapat membuka peluang kepada golongan berkenaan untuk melibatkan diri dengan perkhidmatan itu sekali gus dapat merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.
Kategori Lesen Memandu Yang Layak
Kategori yang layak melalui inisiatif ini adalah sebagaimana berikut;
- Lesen pemandu motosikal kelas B2
- Teksi
- Bas
- e-hailing
Permohonan dan Syarat Kelayakan
Mekanisme dan syarat tanggungan bagi lesen kelas B2, dan lesen teksi, bas dan e-haling akan diperincikan dalam masa terdekat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Menurut Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan, perincian itu akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan beliau baharu sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu ketika pembentangan berkenaan.
“Dari segi mekanisme pelaksanaannya perlu kita perincikan lagi sebelum pelaksanaan ini dapat diumumkan.”
Menurutnya lagi, inisiatif kerajaan menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing itu antara lain adalah untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam bidang ekonomi gig.
Ditanya sama ada inisiatif itu diperkenalkan hanya untuk belia atau sebaliknya, beliau memberitahu, akan melihat jumlah peruntukan yang akan diberikan Kementerian Kewangan sebelum membuat perincian lanjut.

Harga Lesen Memandu Kelas B2
Laman portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009.
Oleh yang demikian kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:
AKTIVITI | FI (RM) |
---|---|
LATIHAN MEMANDU (INSTITUT MEMANDU) | |
Kelas KPP | RM 166.00 |
Latihan Asas PRA-L (6 Jam) | |
Latihan Kemahiran (8 Jam) | |
Pra-Ujian (2 Jam) | |
UJIAN KEKOMPETENAN | |
Kad Ujian (JPJL3) | PERCUMA |
Ujian Bahagian I | RM 17.00 |
Ujian Bahagian II | RM 20.00 (Sewaan motosikal dan Litar Institut Memandu) |
Ujian Bahagian III | |
LESEN MEMANDU | |
Lesen Belajar Memandu (LDL) | RM 2.00 |
Pengeluaran LDL melalui Kiosk/Pos | RM 2.00 |
Lesen Memandu Percubaan | RM 2.00 |
Pengeluaran PDL melalui Kiosk | RM 2.00 |
JUMLAH FI | RM 211.00 |
Walaupun begitu, Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan yang meliputi;
- Pendaftaran Pelajar
- Insurans Pelajar
- Gambar Pelajar di Pusat Ujian
- Bahan Kursus dan Buku KPP
- Perkhidmatan Lesen Memandu
- Kemudahan Pengangkutan (jika diperlukan oleh pelajar)
Oleh yang demikian kadar harga lesen memandu B2 beserta pakej-pakej yang ditawarkan adalah antara RM350 hingga RM450 mengikut sekolah memandu masing-masing.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai inisiatif kerajaan bagi bantuan ujian memandu ini boleh ikuti Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia