Dalam pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan (April) sebelum sambutan Aidilfitri.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.
Mudah-mudahan dengan adanya pengumuman bayaran STR Fasa 2 ini dapat meringankan rakyat dalam membuat persiapan dan perancangan untuk hari Raya Aidil Fitri tahun ini
Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;
Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)- April – Fasa 2
- Julai – Fasa 3
- November – Fasa 4
Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;
“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”
Oleh yang demikian ini jangkaan tarikh bayaran berdasarkan pengumuman tersebut;
- Awal April 2023
- Pertengahan Ramadhan
Berdasarkan pengumuman ini, kita boleh jangkakan pengumuman rasmi pembayaran akan dibuat antara 3 April 2023 (ISNIN) – 7 April 2023 (JUMAAT).
Tarikh yang disebutkan di atas hanyalah jangkaan sahaja. Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia selepas ini.
Cara Semakan Status Kelulusan STR 2023
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 2
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Siapa Yang Layak Menerima Fasa 2 STR?
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.
Jumlah Pembayaran
Terdapat 3 kategori penerima bagi fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) iaitu;
- Isi rumah
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Bujang
Bagi fasa 2 ini jumlah pembayaran adalah sebagaimana berikut;
Kategori | Jumlah |
Isi Rumah – Kahwin – Ibu Bapa Tunggal mempunyai Anak | RM200 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |

Kaedah Pembayaran
Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.
Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah
Untuk makluman penerima sedia ada STR, kemaskini maklumat STR boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.
Bagi tujuan ini, pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Penerima STR Fasa 1 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Kaedah Kemas Kini Maklumat Bantuan Rahmah
Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran
Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
FAQ (Soalan Lazim)
Awal April atau 2 minggu sebelum Hari Raya Puasa
Isi Rumah- RM200
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan – RM100
Bujang – RM100
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.