Sukacitanya semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tahun ini boleh disemak mulai 17 Mac 2023 (Jumaat).
Ibu bapa atau penjaga yang telah memohon kemasukan anak mereka ke tingkatan satu sekolah khusus SBP dan SMKA, bolehlah membuat semakan keputusan tawaran apabila dibuka di laman portal Kementerian Pendidikan.
Bagi Sekolah Berasrama Penuh, sebanyak 9,350 tempat ke tingkatan satu sahaja disediakan melibatkan 69 buah SBP meliputi sejumlah 51 SBP aliran Sains dan 11 SBP aliran Agama, manakala baki empat lagi ialah SBP aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Untuk kemasukan ke SMKA pula, keseluruhannya adalah sebanyak 9,168 tempat ditawarkan membabitkan sejumlah 61 sekolah berkenaan dengan 11 buah SMKA turut memiliki aliran TMUA.
Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan SBP atau SMKA masih berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara Semakan Sekolah Khusus SBP, SMKA, KV, SMT dan MTD

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan tawaran permohonan Tingkatan 4 / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia di sekolah khusus KPM Tahun 2023/2024:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP);
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
- Kolej Vokasional (KV);
- Sekolah Menengah Teknik (SMT); dan
- Maktab Tentera Diraja (MTD).
Semakan boleh dibuat bermula tarikh 17 MAC 2023 menerusi pautan berikut:
- Tingkatan 1 – https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4 – https://spskt4.moe.gov.my
Sila Masukkan No. MyKid/ MyKad Pemohon serta No. Mykad Penjaga Utama dan Klik Butang Semakan.
Pastikan maklumat No. MyKid/ MyKad Pemohon calon sama seperti yang tercatat dalam slip Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Khusus (SBP / SMKA).
Pengesahan Terima / Tolak Tawaran

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran.
Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran kemasukan.
Peringatan: Sekiranya anda menolak tawaran yang dikemukakan,, tiada penawaran semula ke mana-mana Sekolah Khusus.
Tempoh Rayuan
- Tarikh Permohonan Rayuan: 17 MAC HINGGA 3 APRIL 2023
- Rayuan boleh dikemukakan secara atas talian (online).
- Sila klik pada [E-Rayuan] untuk mengemukakan rayuan anda.
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Perlis
- SM Sains Tuanku Syed Putra
Kedah
- SM Sultan Abdul Halim
- SM Sains Pokok Sena
- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
- SM Sains Kubang Pasu
- SBP Integrasi Kubang Pasu
Pulau Pinang
- SMs Tun Syed Sheh Shahabudin
- SM Sains Kepala Batas
Perak
- The Malay College Kuala Kangsar
- SM Sains Raja Tun Azlan Shah
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman
- SM Sains Teluk Intan
- SBP Integrasi Gopeng
- SM Sains Tapah
- SM Sains Bagan Datoh
Putrajaya
- Sekolah Sultan Alam Shah
Kuala Lumpur
- SM Sains Alam Shah
- SM Sains Seri Puteri
- SM Sains Selangor
Selangor
- SM Sains Kuala Selangor
- Sekolah Seri Puteri
- Kolej Islam Sultan Alam Shah
- SM Sains Hulu Selangor
- SM Agama Persekutuan Kajang
- SBP Integrasi Gombak
- SBP Integrasi Sabak Bernam
- SBP Integrasi Rawang
- SM Sains Banting
Negeri Sembilan
- SM Agama Persekutuan Labu
- Kolej Tunku Kurshiah
- Sekolah Dato’ Abdul Razak
- SM Sains Tuanku Jaafar
- SM Sains Tuanku Munawir
- SBP Integrasi Jempol
- SM Sains Rembau
- SMs Perempuan Seremban
Melaka
- SBP Integrasi Selandar
- SM Sains Muzaffar Shah
Johor
- Sekolah Tun Fatimah
- SM Sains Muar
- SM Sains Johor
- SM Sains Kota Tinggi
- SM Sains Sultan Iskandar
- SM Sains Sembrong
- SM Sains Batu Pahat
Pahang
- SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
- SM Sains Tengku Abdullah
- Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan
- SBP Integrasi Kuantan
- SBP Integrasi Tun Abdul Razak
- SBP Integrasi Temerloh
- SM Agama Persekutuan Bentong
Terengganu
- SM Sains Sultan Mahmud
- SM Sains Kuala Terengganu
- SM Sains Dungun
- SBP Integrasi Batu Rakit
- SM Sains Hulu Terengganu
- SM Sains Setiu
Kelantan
- SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra
- SM Sains Machang, Kelantan
- SM Sains Pasir Puteh
- SM Sains Jeli
- SM Sains Gua Musang
Sabah
- SM Sains Sabah
- SM Sains Lahad Datu
WP Labuan
- SM Sains Labuan
Sarawak
- SM Sains Kuching
- SM Sains Miri
- SM Sains Kuching Utara
Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Perlis
- SMKA Arau
- SMKA (P) Alawiyah
Kedah
- SMKA Baling
- SMKA Kedah
- SMKA Sik
- SMKA Yan
- SMKA Jerlun
Pulau Pinang
- SMKA (L) Al-Mashoor
- SMKA (P) Almashoor
- SMKA Al-Irshad
- SMKA Syeikh Abdullah Fahim
Perak
- SMKA Kerian
- SMKA Sultan Azlan Shah
- SMKA Slim River
Selangor
- SMKA Tun Rahah
- SMKA Kuala Selangor
- SMKA Maahad Hamidiah
Wilayah Persekutuan Kl
- SMKA Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
- SMKA Putrajaya
Negeri Sembilan
- SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
- SMKA Sheikh Hj Mohd Said
Melaka
- SMKA Tun Perak
- SMKA Sultan Muhammad
- SMKA Sharifah Rodziah
Johor
- SMKA Johor Bahru
- SMKA Bandar Penawar
- SMKA Maahad Muar
- SMKA Pagoh
- SMKA Segamat
- SMKA Haji Mohd Yasin
Pahang
- SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
- SMKA Kuala Lipis
- SMKA Pahang
Terengganu
- SMKA Nurul Ittifaq
- SMKA Wataniah
- SMKA Kuala Abang
- SMKA Sheikh Abdul Malek
- SMKA Durian Guling
- SMKA Dato’ Haji Abbas
Kelantan
- SMKA Tok Bachok
- SMKA Melor
- SMKA Naim Lil Banat
- SMKA Wataniah
- SMKA Lati
- SMKA Falahiah
Sarawak
- SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
- SMKA Matang 2
- SMKA Saratok
- SMKA Sibu
- SMKA Igan
- SMKA Miri
- SMKA Limbang
Sabah
- SMKA Keningau
- SMKA Tun Juhar
- SMKA Tun Sakaran
- SMKA Kimanis
- SMKA Tun Ahmadshah
- SMKA Kota Kinabalu
- SMKA Tun Datu Mustapha
- SMKA Tun Said
- SMKA Mohd Ali Ranau
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan/aduan, sila salurkan ke E-mel : [email protected] |
Lihat juga bagi semakan kemasukan ke MRSM 2023
Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 17 Mac 2023 (Jumaat)
Tingkatan 1 – https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4 – https://spskt4.moe.gov.my
Sekiranya anda menolak tawaran yang dikemukakan,, tiada penawaran semula ke mana-mana Sekolah Khusus.
17 Mac 2023