Monday, March 27, 2023
HomeSumbangan Tunai RahmahKemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah

Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah

Bagi memastikan penerima sedia ada membuat pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023), skrin kemaskini maklumat permohonan STR kini dibuka bagi tujuan tersebut.

Penerima bantuan Kerajaan STR  yang ingin membuat kemaskini maklumat di nasihatkan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tutup.

Berikut adalah maklumat mengenai kemas kini Bantuan Rahmah 2023.

Tujuan Kemaskini Maklumat STR 2023

Pendaftaran Baharu dan Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah

Pembukaan skrin kemaskini maklumat Permohonan STR 2023 adalah bagi membenarkan penerima sedia ada yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Tempoh Kemaskini STR 

Tempoh Pengemaskinian STR 2023

Kemaskini STR boleh dibuat:

  1. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  2. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Semakan Status Terkini STR

Sekiranya semakan status dibuat dan didapati permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Tiada rekod perlu buat permohonan baharu

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Penerima STR Fasa 1 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumatyang dipaparkan tepat kemudian Tick butang kotak kecil 
  9. Hantar
  10. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Sila rujuk panduan berikut untuk lebih jelas

  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0001
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0002
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0003
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0004
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0005
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0007
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0008

Borang Kemas Kini Maklumat BK-02 [1/2023]

Borang kemas kini (BK-02)  boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BKM 2022;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02%20final%20(Borang%20Kemas%20Kini%20Maklumat%20Permohonan%20STR).pdf

Atau boleh didapati di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Borang juga boleh di download di bawah ini sekiranya anda menghadapi kesukaran melalui 2 kaedah di atas.

No. MyKad/Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad/MyKid anak

No. MyKad:Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad:MyKid anak

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Jadual Pembukaan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi memudahkan urusan kemaskini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula 8 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Berikut adalah jadual jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 08 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Hari Bekerja

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang
Urban Transformation Centre (UTC) (Semenanjung)8.00 pagi – 09.00 malam
(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Urban Transformation Centre (UTC)(Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 07.00 malam
(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Lokasi Luar Pejabat9.00 pagi – 4.00 petang

Cuti Hujung Minggu

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 4.30 petang (Semenanjung / Sabah / Sarawak)
Urban Transformation Centre (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)

Nota:

  1. LHDNM / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR akan dibuka di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) pada Cuti Hujung Minggu Terakhir tempoh permohonan STR iaitu pada tarikh:
    • 24/03/2023 (Jumaat)
    • 25/03/2023 (Sabtu)
    • 26/03/2023 (Ahad)
    • 31/03/2023 (Jumaat)
  3. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
  4. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  5. Kemudahan dropbox akan disediakan untuk penghantaran Borang Permohonan STR (BK-01) oleh pemohon.
  6. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan.

Info lanjut dan Pertanyaan

Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
e-Mel[email protected] 
Alamat Sekretariat STR,Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),Presint 2, 62592 Putrajaya

 Sumber: Portal MySTR

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa Yang Perlu Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah?

1) Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
2) Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Bilakah tempoh kemaskini bantuan rahmah yang dibenarkan?

1) Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
2) Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

Bagaimana cara kemas kini?

1) Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
2) Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Suami saya telah menerima STR Fasa 1 dan meninggal dunia pada bulan Februari 2023. Adakah saya boleh membuat Permohonan Baharu STR?

Ya. Anda boleh membuat permohonan baharu STR 2022 dengan status perkahwinan yang terkini.

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan STR 2023. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan
(Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Pejabat LHDNM untuk tindakan selanjutnya.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!