Zakat Fitrah Pahang 2023: Kadar & Kaedah Bayaran Online

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah membuat pengumuman kadar Zakat Fitrah negeri Pahang bagi tahun 1444H / 2023M.

Kadar zakat fitrah di negeri Pahang ini diumumkan setelah mendapat perkenan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Pahang.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH. Dato’ Ahmad Hairi Hussain berkata bagi kadar zakat RM14 dan RM21 ia berdasarkan jenis beras yang digunakan.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang 1444 H 2023M

Pada tahun ini, negeri pahang menetapkan tiga kadar Zakat Fitrah berbading tahun lepas iaitu satu kadar sahaja.

Kadar minimum zakat fitrah yang diwajibkan dibayar oleh setiap rakyat Pahang ialah RM7 dan digalakkan yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama dan setara sebanyak RM14.

Mereka yang menggunakan beras basmathi atau seumpama dan setara sebanyak RM21.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Pahang bagi tahun 2023

Umat Islam di negeri Pahang boleh membayar Zakat Fitrah melalui amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang berdasarkan Seksyen 84 dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991. 

Seramai 934 orang amil zakat fitrah telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah di dalam Negeri Pahang 

Selain itu juga, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang telah menyediakan perkhidmatan alternatif bagi pembayaran Zakat Fitrah iaitu pembayaran zakat fitrah secara atas talian (internet).

Bayaran Zakat Fitrah Pahang Secara Online

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, boleh klik pada pautan di bawah

https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/

Panduan;

  1. Layari laman web di atas.
  2. Klik pada “Bayaran Zakat Fitrah”
  3. Lengkapkan maklumat pembayar seperti nombor mykad, nama penuh, alamat surat menyuarat, no telefon dan email.
  4. Lengkapkan maklumat pembayaran iaitu Butiran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2023 negeri pahang sama ada bagi diri sendiri serta tanggungan serta memiih bilangan tanggungan.
  5. Klik Klik butang ‘Seterusnya Untuk Bayar’ untuk proses seterusnya

Kesalahan Memungut Zakat Tanpa Lantikan MUIP

Mereka yang memungut zakat fitrah tanpa dilantik MUIP boleh didakwa mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kewajipan Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ke atas lelaki dan perempuan muslim, tua dan muda untuk dirinya, keluarga dan orang lain yang menjadi tanggungannya berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’. Antara syaratnya ialah:

  1. Individu merupakan seorang muslim.
  2. Hidup sehingga terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

** Bayi yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan tidak wajib zakat fitrah.

  1. III. Memiliki harta lebih untuk dirinya sendiri dan keluarganya pada hari raya dan malamnya.

Kewajipan berzakat telah dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.”

Serta dalil daripada surah Ibrahim ayat 31 yang bermaksud: “hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka”. 

Berdasarkan dalil tersebut dapat disimpulkan bahawa mengeluarkan zakat sama ada zakat harta atau zakat fitrah adalah kewajipan yang telah ditetapkan kepada seluruh umat Islam dan kita dilarang untuk mengingkarinya apabila mencukupi syarat wajib.

5 Jenis Waktu Mengeluarkan Zakat

Adapun waktu mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

  1. Harus: iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Wajib: iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  3. Afdhal: iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
  4. Makruh: iaitu selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga terbenam matahari.
  5. Haram: iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

8 Golongan Asnaf

Penerima Zakat telah ditetapkan kepada 8 golongan asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil).

Namun ulama mengutamakan penerima zakat fitrah adalah asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf.

Hikmah mengapa Allah mensyariatkan zakat adalah supaya hamba-hambaNya dapat menyucikan harta daripada hak orang lain dan diri daripada sifat bakhil dan menjadi hambaNya yang bersyukur terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka serta dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan fakir miskin.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Facebook;

https://www.facebook.com/muipinfo

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

http://www.zakatpahang.my/ 

http://www.muip.gov.my/v4/ 

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan Bagi Tahun 2023?

RM 7.00
RM 10.00
RM 21.00

Bayaran berdasarkan jenis beras yang dimakan

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
2) Secara dalam talian di https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Scroll to Top