8 Soalan Lazim Berkaitan Tambahan Cuti Perayaan Aidilfitri KPM

Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan cuti tambahan kepada semua guru dan murid pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B bersempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pemberian cuti khas ini dibuat bagi memudahkan perancangan dan persiapan awal kepada semua murid, guru dan warga sekolah untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada murid asrama dan guru yang perl merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Facebooknya berkongsi 8 soalan lazim berkaitan tambahan cuti perayaan KPM.

Soalan lazim Berkaitan Tambahan Cuti Perayaan KPM

Apa Maksud Cuti Khas?

Cuti khas bermaksud cuti yang diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan berdasarkan Peraturan- peraturan Pendidikan (Penggal, Hari & Cuti Sekolah) 1998 Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996.

Mengapakah Cuti Khas Ini Dinamakan Cuti Tambahan Perayaan Hari Raya?

Cuti khas ini dinamakan cuti tambahan kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun memberi cuti perayaan pada 20 April 2023 (Khamis) untuk sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A serta 20 April 2023 (Khamis) dan 21 April 2023 (Jumaat) untuk sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B.

Bilakah Tarikh Cuti Khas Yang Diumumkan Oleh KPM Sebagai Cuti Tambahan Perayaan?

19 April 2023 (Rabu)

Apakah Justifikasi Cuti Khas Ini Diberikan?

Cuti khas ini bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada guru serta murid melaksanakan pergerakan merentas neger untuk pulang berhari raya bersama-sama keluarga.

Apakah Institusi Pendidikan KPM Yang Terlibat Dengan Cuti Khas Ini?

Institusi pendidikan bawah KPM yang terlibat ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Tingkatan Enam, Kolej Vokasional (KV), Kolej Matrikulasi (KM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Adakah Semua Warga Institusi Pendidikan Terlibat Dengan Cuti Khas Ini?

Tidak. Cuti khas ini hanya melibatkan murid dan guru sekolah KPM, murid dan pensyarah KV dan KM serta pelajar IPG.

Adakah Cuti Khas In Melibatkan Pengetua, Guru Besar, Pensyarah IPG Dan Anggota Kumpulan Pelaksana Di Institusi Pendidikan?

Tidak

Adakah Cuti Tambahan 19 April 2023 Terpakai Untuk Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa?

Tidak. Walau bagaimanapun, sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan adalah digalakkan untuk mengikuti ketetapan in bergantung kepada keputusan pengurusan sekolah masing -masing. Perkara ini turut melibatkan tadika swasta.

Bagi sekolah antarabangsa, pengoperasian adalah mengikut penggal persekolahan masing-masing.

Semoga dengan pemberian cuti khas ini dapat memudahkan perancangan untuk hari raya ini.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Soalan Lazim Berkaitan Cuti Tambahan Perayaan Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia_01
  • Soalan Lazim Berkaitan Cuti Tambahan Perayaan Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia_02
  • Soalan Lazim Berkaitan Cuti Tambahan Perayaan Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia_03