Panduan Tuntutan Wang Bantuan Awal Persekolahan RM150

Panduan Tuntutan Wang Bantuan Awal Persekolahan RM150 di Sekolah Untuk Ibu/Bapa atau Penjaga

Berikutan pengumuman pemberian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa, ramai yang bertanya bagaimana wang ini akan disalurkan.

Untuk makluman, bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: 

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti; dan 
    • Sekolah Henry Gurney. 

Susulan itu, laman portal Sinar Bestari telah kongsikan berkongsi beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum membuat tuntutan atau mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.

Tarikh Pembayaran

Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 (Khamis) dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

Notis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2023

Pihak sekolah akan mengeluarkan surat rasmi mengenai penyerahan BAP 2023.

Kaedah dan tarikh penyerahan mungkin berbeza mengikut sekolah dan tahap murid masing-masing.

Oleh itu, Ibu/bapa atau penjaga diminta merujuk pihak sekolah berhubung penyerahan ini.

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2023
Contoh notis/surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah

Cara Tuntutan Wang Bantuan Awal Persekolahan

  1. Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
  2. Sila bawa bersama;
    • Sijil lahir/kad pengenalan murid
    • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
    • Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
  3. Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.
  4. Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
  5. Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
  6. Fasa 1 akan diserahkan pada;
    • 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
    • 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
    • 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Walaupun begitu, ibu/bapa atau penjaga diminta merujuk kepada guru kelas atau pihak sekolah masing-masing berhubung tuntutan Bantuan Awal Persekolahan ini.

Kaedah pemberian dan tarikh diwang diserahkan mungkin berbeza mengikut sekolah masing-masing.

6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)

Berikut adalah 6 soalan lain BAP sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_01
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_02
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_03

1. Siapakah murid yang layak menerima BAP 2023?

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: 

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    1. Sekolah Kerajaan (SK);
    2. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    3. Sekolah Agama;
    4. iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    5. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    6. Sekolah Integriti; dan 
    7. Sekolah Henry Gurney.

2. Bagaimanakah cara BAP disalurkan kepada semua murid?

Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

3. Bilakah bayaran BAP akan mula diberikan kepada murid?

Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 (Khamis) dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

4. Adakah murid yang layak perlu mengisi apa-apa dokumen sebelum menerima BAP?

Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.

5. Adakah murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023 layak menerima BAP?

Layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di Soalan 1.

6. Adakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal persekolahan (BAP) kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

Berapa Jumlah Yang Diberikan?

RM150 secara sekaligus (one-off)

Bagaimana Cara Ingin Memohon Bantuan Ini?

Tidak ada permohonan untuk bantuan ini. Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.

Bilakah tarikh bayaran BAP 2023 di salurkan?

Seawal 12 Januari 2023 (Khamis)

Scroll to Top