Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023) RM10K

Berita baik buat rakyat Johor! Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) menawarkan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023).

Geran yang ditawarkan adalah bantuan bagi membeli mesin peralatan yang berjumlah sehingga RM10K.

Sekiranya anda berminat bagi memohon Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023), sila teliti maklumat berikut sebelum membuat permohonan.

Apa Itu Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ 2023)?

  • Program Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ 2023) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB). 
  • Nilai bantuan adalah SEHINGGA RM 10,000.00 sahaja. 
  • Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja. 
  • Mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 15 Januari 2023, Ahad, jam 10.00 malam sehingga 06 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang. 

Kluster Perniagaan

Kluster yang layak memohon adalah sebagaimana berikut;

  • Pemprosesan makanan dan minuman
  • Percetakan
  • Gunting Rambut
  • Automotif
  • Pendidikan
  • Pengurusan Acara
Iklan Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan GUBJ 2023;

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut 
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon 
  3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor. 
  4. Syarikat yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun. 
  5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM. 
  6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi. 
  7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan. 
  8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja. 
  9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor. 
  10. Sila berikan satu (1) sebutharga bagi peralatan / mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut. 

Skop Bantuan

Bantuan yang diberikan dalam bentuk mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal) 

  1. Mesin & peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan pejabat. 
  2. Mesin & Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  3. Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman edagang lain. 
  4. Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal. 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://www.pujb.my/gubj/

Permohonan juga boleh dibuat di PADU dan rujuk menu urus borang menerusi :-

https://padu.pujb.my

Dokumen Sokongan

Pastikan dokumen sokongan dimuat naik semasa mengisi borang permohonan menerusi format pdf atau jpeg sahaja iaitu :-

  1. Sebutharga mesin / peralatan yang berkenaan. 
  2. Gambar ( premis )
  3. Salinan kad pengenalan pemohon (Depan dan hadapan dalam satu helaian) 
  4.  Salinan Lengkap SSM ( Borang D / E, maklumat perniagaan dan pemilik perniagaan )
  5. 1 bulan penyata akaun syarikat atau akaun simpanan peribadi yang terkini yang aktif

Pengesanan Projek

  • Pemantauan akan dibuat selepas 6 bulan setelah menerima bantuan.
  • Bagi yang tidak memanfaatkan peruntukan yang diberikan, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) berhak menyenarai hitam nama usahawan berikut dan menarik balik geran yang diberikan. 

Info Lanjut dan Pertanyaan

Info lanjut Geran Usahawan Bangsa Johor 2023, boleh lihat dokumen berikut;

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi;

SEKRETARIAT GUBJ 2023 
JABATAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 
PERBADANAN USAHAWAN JOHOR SDN BHD 
NO 24 JALAN ISKANDAR PUTERI 1/3, 
ISKANDAR PUTERI COMMERCIAL CENTRE, 
TAMAN NUSANTARA PRIMA 
81550 GELANG PATAH 
JOHOR DARUL TA‘ZIM 


TEL : 07- 510 2542 (Waktu pejabat sahaja) 
Whatsapp : +6011-20755135 (Waktu pejabat sahaja) 
E-MEL : [email protected]  
FACEBOOK : Perbadanan Usahawan Johor

Sumber: Perbadanan Usahawan Johor

Soalan Lazim

Apa Itu Geran Usahawan Bangsa Johor?

Program Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ 2023) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).

Berapakah nilai geran bantuan yang diberikan?

Nilai bantuan adalah SEHINGGA RM 10,000.00 sahaja.

Bilakah Tempoh Permohonan Dibuka?

15 Januari 2023, Ahad, jam 10.00 malam sehingga 06 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang. 

Bagaimana Cara Memohon?

https://www.pujb.my/gubj/

Apakah Kluster Perniagaan Yang Layak?

1. Pemprosesan makanan dan minuman
2. Percetakan
3. Gunting Rambut
4. Automotif
5. Pendidikan
6. Pengurusan Acara

Scroll to Top