Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan (YNS) 2023

Yayasan Negeri Sembilan (YNS) kini membuka permohonan Bantuan Komputer Riba bagi tahun 2023.

Bantuan Komputer Riba anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40 

Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun layak memohon bantuan ini selain syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan panduan permohonan.

Apa Itu Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan?

Bantuan komputer riba anak Negeri Sembilan merupakan insiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40

Kategori Tempat Belajar

  1. IPTA
  2. Politeknik

Syarat-syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan;

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (No Kad Pengenalan 05 /31 / 59) DAN alamat menetap di Negeri Sembilan; ATAU
  2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari enam (6) tahun  (sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah);
  3. Pendapatan isi rumah B40 terkini RM 4,210.00 (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan);
  4. Pelajar IPTA (Universiti Awam) / Politeknik  yang masih belajar di peringkat pengajian, DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).;
  5. Pelajar tahun akhir TIDAK LAYAK untuk memohon (sila kemukakan surat pengesahan belajar)  CONTOH: Tahun pengajian 3 tahun (Semester 5 dan 6 adalah tahun akhir dan tidak layak)
  6. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya seorang pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

** Yayasan Negeri Sembilan berhak untuk MENOLAK permohonan maklumat yang tidak lengkap dan tidak jelas

** Semua dokumen sokongan perlu DISAHKAN dahulu sebelum di muatnaik pada ruangan yang disediakan

** Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang melalui Google Form berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMICJCBSwQlP67_jF-aqiL3Kt-_v6dOo0IFYRLPMTOSYWyWQ/viewform

Sila isi maklumat dengan lengkap dan tepat.

Dokumen Yang Diperlukan

8 dokumen yang wajib dimuat naik sekiranya dokumen yang dimuat naik tidak lengkap permohonan akan di tolak.

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Surat tawaran belajar
  3. Surat pengesahan belajar (cohtoh di gambar) perlu minta uni/poli keluarkan surat pengesahan belajar
  4. Sijil berhenti sekolah darjah 6 dan tingkatan 5 (sekiranya bukan lahir di negeri sembilan)
  5. Penyata gaji bapa
  6. Surat pengesahan pendapatan bapa( wajib di muatnaik sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)
  7. Penyata gaji ibu
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu( wajib di muatnaik sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja)
  9. Salinan kad pengenalan bapa
  10. Salinan kad pengenalan ibu

Info lanjut

Info lanjut permohonan bolehlah melayari laman portal Yayasan Negeri Sembilan melalui pautan berikut;

https://www.yns.gov.my/

Sumber: Portal Yayasan Negeri Sembilan

Scroll to Top