Semakan Status Pembayaran BTR Fasa 1 (Januari 2023)
Berita baik buat rakyat Malaysia yang menunggu pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023). Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik
Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Untuk makluman semua, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan yang diberikan kepada rakyat berdasarkan kelayakan tertentu mengikut pendapatan isi rumah masing-masing.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Tarikh Pembayaran

Bayaran STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Untuk makluman, tarikh bantuan-bantuan lain yang akan dibayar pada bulan ini adalah sebagaimana berikut;
12/1/2023- Bantuan Awal Persekolahan anak-anak akan dikreditkan ke akaun sekolah berjumlah RM150.
17/1/2023 – Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk kakitangan kerajaan dan pesara akan dibayar masing-masing berjumlah RM700 dan RM350.
Semakan Status Terkini BTR 2023
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Memandangkan Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022, anda boleh dapatkan semula password sebagaimana berikut.
Bagi yang terlupa password, tindakan adalah seperti berikut:
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
- Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Jumlah Bantuan
Terdapat 3 kategori penerima bagi fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) iaitu;
- Isi rumah
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
- Warga emas tiada pasangan
- Bujang
Bagi fasa 1 ini jumlah pembayaran adalah sebagaimana berikut;
Kategori | Jumlah |
Isi Rumah – Kahwin – Ibu Bapa Tunggal mempunyai Anak | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |

BSN Dah Masuk?
Beberapa pengguna di laman Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran bagi bantuan ini walaupun tiada lagi pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.
Sudah pasti yang menerima bayaran awal adalah bagi mereka yang mendaftarkan menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).



Ini kerana berdasarkan pengalaman penerima BKM 2022 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.
Untuk mendapat kepastian bagi penerima BSN, anda boleh membuat semakan online pembayaran melalui portal MyBSN;
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam & Lain-lain Bila Masuk?
Jika mengikut pembayaran bantuan-bantuan yang lepas, kaedah pembayaran bantuan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Oleh itu, pembayaran BTR bagi bank seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain akan dibuat juga secara berperingkat.
Duit BTR Belum Masuk?
Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM7.8 bilion, ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke adalam akaun masing-masing.
Jadi, kalau belum masuk lagi pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang (IBT) 60 tahun ke atas yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing apabila pengumuman rasmi dibuat.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran
Mungkin hari ini atau esok. Tunggu pengumuman rasmi oleh PM
BSN diikuti bank-bank lain (Maybank, Cimb, RHB, dll)
– BTR Keluarga (isi rumah) = RM300
– BTR Bujang = RM100
https://bantuantunai.hasil.gov.my/