Kerajaan Negeri selangor telah memperkenalkan Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pada Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang.
Sasaran SMUE adalah golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini. Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM500 sekiranya mereka meninggal dunia.
Pada tahun 2023, insentif khusus kepada warga emas dan golongan kurang Upaya (OKU) ditambah baik dan ditingkatkan. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 25 November 2022 yang lalu, mengumumkan kenaikan jumlah nilai baucar beli-belah di pasaraya terpilih dari RM100 kepada RM150 yang akan dilaksanakan bermula Januari 2023.
Selain itu, bermula tahun 2023 juga, ahli boleh mengambil baucar di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Apa Itu Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Skim Mesra Usia Emas merupakan program yang telah di jenamakan semula bagi program SKIM MESRA yang merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor.
Ini lanjutan daripada pelaksanaan sebelum ini dimana nama Skim Mesra Usia Emas sering disifatkan sebagai program untuk golongan warga emas sahaja walaupun pada hakikatnya program ini turut dibuka untuk golongan OKU juga.
Skim Mesra Usia Emas kini akan menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja.
Manfaat SMUE
Setiap ahli SMUE layak menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.
Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150 yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup.
Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra.

Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia; DAN.
- Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan berdasarkan syarat yang disebutkan di atas.
Bagi permohonan secara atas talian, link permohonan adalah sebagaimana berikut;
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php
Semakan Status
Semakan status permohonan pula boleh dibuat melalui pautan berikut;
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
Baucar Beli-Belah RM150

- Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
- Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
- Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
- Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
- Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
- Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
- Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
- Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
Tuntutan Khairat Kematian SMUE
Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar.
Borang tuntutan boleh didapatkan dari Pusat Khidmat DUN berdekatan atau muat turun borang dari e-mesra.yawas.my.
Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan seperti;
- Borang tuntutan khairat yang telah diisi
- Salinan sijil kematian
- Salinan Kad Pengenalan pewaris
- Salinan penyata bank pewaris
- Borang Kemaskini Maklumat Pewaris (Jika Perlu)
Sumber: Portal e-Mesra YAWAS
Soalan Lazim
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php
Setiap ahli SMUE layak menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.
1. Baucar RM150 setiap tahun (ketika hidup)
2. Khairat Kematian RM500 (untuk waris)
Baucar boleh didapatkan di Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.
Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan dan tertera pada kertas baucar yang diberikan sahaja.
Tempoh sah baucar adalah 3 bulan dari tarikh baucar diambil.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. Salinan sijil kematian,
ii. Salinan Kad Pengenalan si mati,
iii. Salinan Kad Pengenalan pewarisi
v. Salinan Penyata Bank pewaris